Sekiranya celik IT dijadikan sebagai salah satu ciri calon boleh menang BN Sarawak untuk PRU13? Sudah tentu ramai golongan Pemuda PBB bakal dicalonkan?!?! Pada PRU12 yang lalu Pemuda PBB telah dipilih untuk bertanding di dua kawasan iaitu Kota Samarahan dan Limbang. Sekiranya, kemudahan jalur lebar menjadi halangan untuk mencapai laman twitter dan facebook, maka wakil rakyat hendaklah bekerja keras untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, telefon dan juga internet ke kawasan mereka. Jangan jadikan keluasan Sarawak sebagai halangan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!?!?
PRU13 bakal menyaksikan kesemua Formula 4M akan digunakan oleh kedua-dua belah pihak baik kerajaan atau pembangkang!?!? Wakil rakyat di Sarawak hendaklah mengambil inisiatif sendiri seperti kebanyakan ADUN dan ahli Parlimen yang sudah menubuhkan Biro IT atau Unit Media Baru dalam pejabat mereka. Siapa yang cepat dia yang dapat kerana teknologi yang sedia ada akan membawa penggunanya maju ke hadapan dan dihubungkan dengan berita dan maklumat terkini!?!? Lihat sahaja Tun Mahathir yang kini aktif dalam penulisan blog dan media cetak!?!? Perdana Menteri kita pun aktif bertwitter dan facebook walaupun jarang memberi respons tetapi setiap e-mel yang dihantar pasti akan dibalas!!?!?
Semoga lebih ramai Pemuda PBB yang celik IT akan dicalonkan menjelang PRU13!?! Semestinya kalau boleh kerusi Kota Samarahan adalah dalam kuota Pemuda PBB dan calonnya juga adlah dari golongan Pemuda PBB?!?!?
Amit, W.A., 'Pemuda PBB harap ahlinya dicalonkan', theborneopost.com, 30 April 2012, http://www.theborneopost.com/2012/04/30/pemuda-pbb-harap-ahlinya-dicalonkan/ dicapai pada 2 Mei 2012.
1 ulasan:
tahniah pemuda PBB!
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!