Mayat Naib Presiden PKR Sarawak, Peter Ato Mayau, dijumpai di pantai Kampung Tebelu pada pukul 2 petang tadi. Mendiang dijangka bertanding untuk Parlimen Mambong pada PRU13 depan. Setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mangsa nahas Eurocopter SWP ini.
SWP semakin kuat dikaitkan dengan PKR selepas kejadian ini. Sebiro Holdings, pemilik Eurocopter 120, dipunyai oleh Sng Chee Hua, bapa kepada Larry Sng, Presiden SWP, dan merupakan kawan baik Anwar Ibrahim.
Menurut bayangan yang iberikan, Larry Sng adalah calon Ketua Menteri sekiranya SWP memenangi majoriti kerusi di Sarawak? Adakah Baru Bian atau Wong Ho Leng dapat berdiam diri oleh keluarga Sng?
Dua Mayat Ditemui, Seorang Penumpang Masih Hilang!!!
by Saibi Gi. Posted on July 21, 2012, Saturday
KUCHING, 21 Julai (Bernama) -- Mayat seorang lagi penumpang yang hilang, jurutera Sebiro Holdings Peter Ato Mayau, antara empat orang yang menaiki Eurocopter EC 120 yang terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman ditemui Sabtu.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata mayat Ato dijumpai dihanyutkan di pantai Kampung Tebelu, Sebuyau oleh orang-orang kampung yang membantu operasi mencari dan menyelamat kira-kira 2 petang.
Mayatnya dihantar ke hospital terdekat di Simunjan untuk bedah siasat, kata Law kepada Bernama di sini.
Ato, 53, yang berkhidmat sebagai naib-presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, disebut-sebut akan bertanding di kawasan parlimen Mambong dalam pilihan raya umum akan datang.
Terdahulu, Law mengesahkan mayat seorang lagi penumpang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang ditemui nelayan tempatan juga dihantar ke Simunjan untuk bedah siasat.
Law berkata gerakan tiga pihak mencari dan menyelamat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan bagi mencari baki seorang lagi penumpang helikopter itu, arkitek Henry Lau Tee Yong, 42.
Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas di perairan, katanya.
Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari Jerman, yang berenang selama empat jam dalam arus deras selepas nahas berlaku.
-- BERNAMA
.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!