BMF tidak seharusnya cemburu dengan kejayaan Pandelela yang berjaya meraih pingat Olimpik dalam acara terjun!
Sebelum ini BMF asyik main politik kini atlet dan sukan pun mahu dipolitikkan!
Sekiranya benar mereka banyak dana kenapa tidak menyumbang kepada Pandelela memandangkan Pandelela berhak menerima dana untuk melanjutkan pelajaran beliau ke Australia mahupun ke Switzerland!
Pandelela memang berhak menerima banyak hadiah kerana mengharumkan nama negeri Sarawak!
BMF pun patut mengiktiraf kejayaan Pandelela dan bukan berkata bongkak dan sombong seperti Pandelela memiliki segala-galanya!
Bagaimana BMF? Ada berani menaja pengajian Pandelela ke Switzerland?
BMF kurang ajar, bongkak
Utusan Borneo 23 Ogos 2012, Khamis
Diselar demikian selepas keluar kenyataan berbaur sindiran menerusi portal berita untuk burukkan pemimpin negeri ini
KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar Dana Bruno Manser sebagai kurang ajar dan bongkak apabila mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran menerusi portal beritanya untuk memburukkan pemimpin-pemimpin negeri ini.
“Sikap mereka sangat kurang ajar dan sombong! Apa yang orang putih (BMF) ini fikirkan apabila cuma untuk campur tangan dalam apa jua yang kita (Sarawak) lakukan.
“Mereka memburukkan pemimpin-pemimpin kita. Mereka menghasut rakyat negeri ini. Mereka pergi ke seluruh dunia dan merendahkan pemimpin kita. Sekarang mereka mahu campur tangan dalam sukan dan anugerah sukan,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan BMF yang sinis dalam portal beritanya dengan mengatakan pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012, Pandelela Rinong Pamg tidak harus menerima pingat kebesaran negeri tetapi menerima (berita) peletakan jawatan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Karim yang juga ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendakwa BMF tidak hanya campur tangan dalam dasar hutan Sarawak tetapi cuba melaga-laga rakyat berbilang kaum di negeri ini.
“Mereka fikir mereka itu siapa? Mereka fikir Sarawak masih di bawah jajahan mereka yang boleh dimanipulasi dan dikelirukan.
“BMF tidak perlu mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara.
“Mereka seharusnya menjaga negara mereka sendiri dan tidak perlu mengajar kita orang Asia apa harus dilakukan,” kata Karim yang juga Menteri Pembangunan Belia.
BMF merupakan pertubuhan amal dan memperjuangkan hak asasi manusia yang berpangkalan di Switzerland tetapi dengan begitu agresif menghentam dasar-dasar kerajaan terutama dasar-dasar hutan, alam sekitar dan hal ehwal kaum di negeri ini.
Selasa lepas BMF menyatakan ‘manipulasi politik’ sebagai sebab Pandelela harus menolak pengurniaan pingat kebesaran daripada kerajaan negeri.
Kenyataan sinis BMF itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang diposkan dalam ruangan komen dalam portal itu selepas artikel tersebut.
Sementara itu ADUN Batu Lintang See Chee How berkata kenyataan BMF mengenai kebimbangan ‘manipulasi politik’ oleh kerajaan negeri adalah ‘bukan isu dan tidak perlu’ kerana tiada pemberian istimewa daripada Ketua Menteri kepada Ratu Terjun Negara itu.
Chee yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, menyifatkan penganugerahan pingat itu adalah sesuatu yang wajar kepada Pandelela.
“Pandelela Rinong Pamg sewajarnya menerima pingat dan semua pemberian insentif termasuk biasiswa, jika boleh lebih banyak lagi daripada itu.
“Beliau telah membanggakan semua rakyat terutama rakyat Sarawak dengan kejayaan di Sukan Olimpik London.
“Kami (PKR) juga bangga dengan dua lagi atlet Olimpik dari negeri ini, Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet,” ujarnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!