Penduduk kurang berkemampuan terima sumbangan raya
Utusan Borneo 7 Ogos 2012, Tuesday
KUCHING: Lebih 100 penduduk kurang berkemampuan dari sekitar Kota Samarahan masing-masing menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri malam Ahad lalu.
Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud di kediamannya, di sini.
Para penerima sumbangan adalah terdiri daripada warga tua, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) serta anak-anak yatim.
Sumbangan raya itu merupakan program tahunan anjuran Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Muara Tuang.
Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Samarahan Abdullah Upang, Temenggung Chek Bujang, Senator Datuk Idris Buang serta para exco PBB Muara Tuang.
Terdahulu, para penerima dan tetamu jemputan menyertai majlis berbuka puasa dan solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!