Perpaduan Dalam PBB Tunjang Kekuatan BN Di Sarawak - Taib
KUCHING, 29 Ogos (Bernama) -- Perpaduan yang kukuh dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini.
Beliau yang juga Presiden PBB berkata perjuangan utama parti adalah untuk menyatupadukan semua kaum di Sarawak dan bukan sahaja dalam kalangan bumiputera agar dapat sama-sama membantu memajukan Sarawak dalam segala aspek.
"PBB mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu daripada tiga parti kita gabungkan menjadi satu dan asas perpaduan yang kukuh antara pemimpin bumiputera telah berjaya menjadikan PBB parti contoh kepada komponen BN yang lain," katanya ketika berucap pada majlis ramah-tamah Aidilfitri Zon Kuching di sebuah hotel terkemuka di sini.
Katanya melalui persefahaman yang tinggi dalam PBB telah membolehkan parti itu menjadi pejuang kepada rakyat semua kaum di Sarawak dan bukan hanya kepada kaum bumiputera.
Menurutnya PBB yakin ia akan kekal menjadi tunjang kekuatan BN bukan sahaja di peringkat negeri malah juga pusat.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!