DEKLARASI #KL112 YANG MEMALUKAN SELURUH PAKATAN PEMBANGKANG!
Novandri DrMiMRamai yang pasti terlepas pandang dengan 10 tuntutan di dalam Deklarasi Himpunan Pakatan Pembangkang yang di baca oleh MP PKR Saifuddin Nasution kelmarin.
Salah satu daripada deklarasi itu ialah :Menyelamatkan kampung warisan dan kampung tradisi.Apakah kepimpinan Pakatan pembangkang fikir rakyat begitu bodoh dan sudah terlupa dengan isu besar yang memalukan pakatan pembangkang sebelum ini?
'Menyelamatkan kampung warisan dan tradisi' kononnya tapi lihat pembohongan Deklarasi yang baru satu hari itu.
Kita imbas kembali aksi Anwar ketika memancing undi penduduk Kampung Buah Pala sebelum PRU12. Kononnya Kampung Buah Pala akan dijadikan kampung tradisi.
Lihat video di bawah :
DAN untuk mengetahui janji manis Pakatan pembangkang selepas baru menang negeri Pulau Pinang selepas PRU12, anda saksikan pula video di bawah :
Sekarang, di manakah janji 'kampung tradisi kaum India' yang dikatakan oleh pakatan pembangkang itu?
Deklarasi KL112 pakatan pembangkang telah menyerlahkan kepincangan mereka sendiri!
Sungguh memalukan! Dan jika Deklarasi yang berumur satu hari ini pun sudah ada unsur pembohongannya,
MiM yakin rakyat akan sedar dan tidak menyokong pembamgkang lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!