Najib jawab dakwaan "mild stroke"
Oleh Melanaublogger.com
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau berada dalam keadaan sihat.
Pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak supaya "tidak mendengar" dakwaan blog tertentu berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas.
"Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," katanya yang diiringi dengan gelak ketawa hadirin.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam satu majlis perasmian di Bursa Malaysia pagi ini.
Blog politik Sarawak Report beberapa hari lalu dalam satu tulisannya mendakwa Najib yang juga presiden Umno diserang "mild stroke".
Sebelum ini, portal pro BN juga mengulas dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!