BILANGAN PENCEROBOH YANG MAUT BUKTI MEREKA TIDAK KEBAL
Lahad Datu, 11 Mac - Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka tidak kebal, sekaligus menolak dakwaan penceroboh menggunakan ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.
"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.
Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.
Ramli berkata penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.
"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - BERNAMA
1 ulasan:
saya bukan nak kata....tapi ini semua salah datuk najib...n tun doktor mahathir...jikalau mahathir tidak memberi kad pengenalan kepada orang asing nescaya...negara kita akan aman.....bukan apa saya sayang negara saYA..SAYA Tak mahu nanti negara kita ini dikuasai oleh orang asing...saya harap tuk najib buat undang baru...orng asing yang mana masuk ke dalam negara kita...kita akan tangkap terus...bukan apa..mai negara kita bukan nak buat baik ..malah buat jahat...saya paling tak suka kalau orang asing masuk ke dalam negara kita...tanpa ada rekod perjalanan yang sah.....tolong maafkan saya tuk najib n mahathir yang di sajung tinggi..
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!