Pencalonan Datuk Zulkifli Nordin ni mike bukan atas tiket Tun Mahathir, tetapi atas dasar Najib Razak mengambil risiko kerana Zulkifli ini memang sudah kembali ke pangkal jalan! Sebelum ini siapa tidak kenal calon BN di Shah Alam ini yang akan menggugurkan Khalid Samad.
Semoga orang Shah Alam akan memberi mandat kepada BN!
'Najib nampak diri saya bukti hidup'
2013/04/26 - 06:30:41 AM Oleh Faiza Zainudin BHarian Online
Kuala Lumpur: Datuk Zulkifli Nordin percaya pemilihannya sebagai calon BN kerusi Parlimen Shah Alam, adalah disebabkan dirinya dianggap bukti hidup yang tahu muslihat dan taktik pembangkang.
Beliau yang pernah bersama PAS dan PKR berkata, Datuk Seri Najib Razak juga mengambil risiko dengan memilihnya bertanding di Parlimen Shah Alam.
Katanya, keberanian politik Perdana Menteri membuktikan seorang yang ekstrim dalam parti pembangkang sebelum kembali ke pangkal jalan sepertinya turut mendapat tempat dalam BN yang mengamalkan kesederhanaan.
PM ambil risiko
Saya juga agak terkejut dengan keputusan Perdana Menteri untuk mencalonkan saya bertanding di Shah Alam, tapi bila difikir kembali, beliau nampak dalam diri saya adalah bukti hidup.
Perdana Menteri ambil risiko, satu untuk tunjuk siapa juga yang bantu parti dia akan terima, kedua beliau tunjuk keberanian politik, orang yang ekstrim yang sudah berubah turut diterima, saya adalah bukti hidup sebab itu beliau buat keputusan berani untuk namakan saya sebagai calon.
Saya fikir itu mesej yang beliau hendak beri kepada rakyat. Pencalonan saya ini, Tun (Dr Mahathir Mohamad) pun tak tahu, katanya mengulas dakwaan pencalonannya hasil bantuan Dr Mahathir.
Sokongan BN positif
Ditanya adakah beliau akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak ditawarkan BN, Zulkifli berkata, beliau tidak berhasrat berbuat demikian, malah niatnya sebelum ini hanya untuk membantu jentera BN berkempen.
Ditanya sama ada pencalonannya menerima tentangan BN Shah Alam, Zulkifli yang sebelum ini Ahli Parlimen Bandar Bharu Kulim atas tiket PKR sebelum keluar menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 2010, berkata sokongan diterima daripada kepemimpinan BN amat positif.
Malah, katanya, pencadang dan penyokong pencalonan beliau adalah pemimpin MIC dan MCA setempat.
Pencalonan saya turut disokong kepemimpinan PAS di kawasan ini, yang membantu saya menumbangkan calon mereka, Khalid Samad, katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
1 ulasan:
Rakyat Anarki. Dalam alam maya ini bolehlah tunjuk berani. Kalau berani turunkan nama penuh , K.P. dan alamatnya sekali.
Anarki sama juga dengan Anwar Puki. Kote saja besar tapi tak tahan lama.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!