DAP begitu menggesa CM untuk menunaikan janji untuk bersara lebih awal.. tetapi mereka lupa bahawa Nik Aziz pernah memberi janji sedemikian untuk bersara sebaik sahaja Tun M bersara.... sekarang dah lebih 10 tahun Nik Aziz belum lagi bersara sedangkan CM baru berjanji 1 tahun jagung? Apa ini Chong? Kuman seberang lautan nampak, bangkai busuk dalam kain putih tak sedar dah bau bangkai?
Sindiran Chong disambut penuh makna penyokong BN
by Henrietta Liza. Utusan Borneo 17 April 2013, Rabu
PERTUKARAN: Penyokong BN, Azrai dan rakan-rakan bertukar hadiah cenderamata dengan Chong selepas menyerahkan kek sebagai tanda peringatan kepada Ketua Menteri akan hari persaraannya di Kuching semalam. — Gambar Tan Song Wei
KUCHING: Lebih kurang 100 penyokong Barisan Nasional (BN) mengerumuni kawasan ruang legar Wisma Bapa Malaysia sebagai menyambut kek dihadiahkan oleh rombongan Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam.
Rombongan DAP diketuai oleh Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen membawa kek yang ditempah khas itu sebagai tanda peringatan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan janji persaraan yang diumumkannya dahulu.
Sebelum itu, rombongan tiba di pekarangan Wisma Bapa Malaysia sekitar jam 2.55 petang dan bertolak pada jam 3.10 petang.
Taib dikatakan telah berjanji secara terbuka untuk meletak jawatan pada 16 April (semalam) sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun, rombongan DAP ditahan oleh penyokong BN dan sebagai pertukaran kepada hadiah keknya, Chong dihadiahkan baju ‘We Love CM’ oleh Ketua Pemuda PBB Samariang Mohd Azrai Karim.
Para penyokong BN dianggotai hampir 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membawa sepanduk yang menyebut tokoh parti pembangkang itu tidak faham apa yang dikehendaki Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kami mahu menunjukkan sokongan kepada kerajaan BN, lagipun Ketua Menteri sering diserang sedemikian rupa tetapi masih ada yang menyanjungi tampuk pemerintahan beliau sekarang,” kata Azrai.
Chong dipetik menyebut: “Beliau seorang yang tidak berpegang pada janji beliau sendiri dan berjanji lagi untuk meletak jawatan, jadi kami hari ini cuma mahu menyerahkan kek ulang tahun sebagai simbol sindiran dan beliau sendiri faham.”
Sementara itu, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal menyediakan salinan cetak peranan pengundi.
Menurut Chong salinan itu sebelum ini selalunya tersedia dua atau tiga hari selepas Parlimen dibubarkan.
“Ada sukarelawan kami ke pejabat SPR dan diberitahu bahan salinan cetak siap pada 19 April sehari sebelum penamaan calon.
“Sedangkan sebelum ini mereka sentiasa memberitahu yang mereka sudah bersedia bagi pilihan raya.
“Ini penting untuk calon, penyokong dan pencadang kedua-duanya, mana-mana calon yang menjadi penyokong dan pencadang perlulah pengundi dari kawasan yang sama, tindakan ini tidak wajar,” ujar Chong.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!