Dalam ucapan penggulungan oleh Menteri Kemudahan Awam, kemudahan gentian optik atau fibre optik akan dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Berita ini disambut baik oleh pengamal media sosial kerana lingkungan internetan jalur lebar yang pantas bakal dinikmati di seluruh Sarawak. Semoga lebih ramai blogger dan facebooker pro kerajaan BN akan muncul untuk menyedarkan rakyat yang ditipu oleh manifesto bu,an manmi pembangkang.
Prasarana gentian optik rentasi Sarawak dijangka siap hujung tahun
Utusan Borneo May 28, 2013, Tuesday
KUCHING: Prasarana gentian optik baharu merentasi negeri ini termasuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) melibatkan kawasan sepanjang 1,237 kilometer dijangka siap pada hujung tahun ini.
Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, penggantian gentian optik baharu itu adalah bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkualiti kepada rakyat negeri ini.
“Permintaan untuk perluasan dan perkhidmatan jalur lebar berkualiti telah mendorong kerajaan membentangkan prasarana gentian optik baharu merentasi negeri ini termasuk SCORE di Samalaju, Mukah, Tanjung Manis dan Bakun.
“Projek ini dijangka siap pada hujung tahun ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kemudahan Awam pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Awang Tengah memberitahu, sektor telekomunikasi di Sarawak tumbuh dengan pesat saban tahun walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Pada masa ini, penembusan jalur lebar isi rumah bagi Sarawak adalah 54.5 peratus berbanding 13.6 peratus pada 2008.
“Berhubung perkhidmatan selular pula, Sarawak menikmati kira-kira 85 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” jelasnya.
Tambahan pula, katanya sebanyak 57 menara telekomunikasi sedang dibangunkan di bahagian Limbang dan Kapit dengan lebih 50 menara dirancang untuk seluruh negeri dalam fasa selanjutnya pada hujung tahun ini.
Selain itu, beliau memberitahu berhubung kemudahan capaian jalur lebar secara kolektif, 16 Pusat Internet 1Malaysia baharu dan 30 perpustakaan jalur lebar komuniti dirancang untuk pelaksanaan pada 2013 dan 2014.
“Program-program seperti perluasan liputan selular, naik taraf 2G kepada 3G, penyediaan pusat-pusat capaian jalur lebar kolektif di kawasan pinggir bandar dan luar bandar serta penggunaan hubungan gentian optik baharu di Sarawak merupakan pemangkin dari segi transformasi gaya hidup rakyat, kerajaan dan perkhidmatan penyampaian korporat,” ujarnya.
Pada masa yang sama beliau memberitahu bahawa sejumlah 113 permohonan telah diterima daripada pengusaha kecil dan sederhana (SME) Sarawak untuk dipertimbangkan bagi pemberian geran untuk menjalankan perniagaan dalam talian.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!