Menurut pandangan individu, Datuk Joseph sewajarnya menerima tanggungjawab yang telah diamanahkan olen rakyat melalui perlantikan dalam Kabinet oleh Perdana Menteri.
Jika dilihat kebanyakan jawatan dalam kabinet diisi oleh YB dari Zon tengah dan Zon selatan…mungkin zon utara belum sesuai untuk berada dalam kabinet tersebut. Sekiranya PRS tidak menerima perlantikan tersebut, mohon untuk mempertimbangkan jawatan tersebut kepada YB dari zon utara Sarawak kerana banyak aktiviti dan projek yang boleh dibangunkan melalui pelancongan.
PRS sekadar ‘sedikit’ kecewa
by Agnes Tugong. Posted on May 18, 2013, Saturday
TETAP TEGUH: Masing (duduk dua kiri) pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PRS di Kuching, semalam.
KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan mengambil tindakan yang boleh menjejaskan parti dan Barisan Nasional (BN) hanya disebabkan kecewa dengan barisan kabinet persekutuan yang baharu dibentuk.
Presidennya, Tan Sri James Masing berkata, tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk bertindak keluar dari BN, meskipun seolah-olah diketepikan dalam jawatan tertinggi kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas.
“Saya dan parti secara keseluruhannya tidak pernah terfikir untuk keluar dari BN hanya kerana perkara ini… kerana kami adalah BN yang sebenarnya. Kami hanya tidak gembira dengan pelantikan tersebut.
“Ia tidak bermaksud hanya kerana jawatan yang diberikan sedikit mengecewakan, maka kami akan menentang BN. Persoalannya, kami tidak gembira dengan pelantikan tersebut, itu sahaja,” kata Masing.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PRS di ibu pejabatnya di Jalan Pending di sini, semalam.
Turut hadir pada mesyuarat dan sidang media itu ialah Setiausaha Agung PRS Datuk Wilfred Nissom, Timbalan Presiden Datuk Joseph Entulu Belaun serta ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.
Masing berkata, kepentingan utama parti bukanlah pada jawatan yang diberikan, tetapi jawatan yang bersesuaian dengan parti serta kawasan yang diwakili oleh PRS yang dapat membantu rakyat luar bandar.
“Saya telah cuba memujuk Datuk Joseph Salang untuk menerima jawatan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang diberikan kepadanya, tetapi beliau tetap enggan.
“Saya memberitahu beliau supaya bersabar dahulu, kami akan berbincang dengan Perdana Menteri dan lihat sama ada beliau boleh diletakkan dalam portfolio yang bersesuaian yang boleh membantu rakyat diwakili,” jelasnya.
Masing turut memberitahu beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri untuk pertemuan dan perbincangan bagi mendapatkan pertimbangan beliau berhubung jawatan dalam barisan kabinet persekutuan serta pengganti Salang.
“Kami cuma membuat temu janji bagi mendapatkan nasihat Perdana Menteri mengenai perkara ini. Kami menghargai keputusan terakhir beliau mengenai siapa yang akan beliau pilih sebagai menterinya, itu kami faham.
“Tetapi kami cuma mahu mendapatkan pertimbangan beliau untuk melihat semula pelantikan ini memandangkan PRS telah memberi sumbangan yang besar kepada kemenangan BN. Enam kerusi itu cukup banyak dan kawasannya hampir separuh daripada Semenanjung Malaysia,” katanya.
Antara portfolio yang dilihat agak bersesuaian dengan PRS ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau portfolio lain yang menjurus kepada pembangunan luar bandar, katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!