Sarawak bakal menyaksikan pembangunan yang pesat dalam tempoh 5 tahun ini. Sarawak telah menyerahkan kemenangan yang cemerlang kepada kerajaan pusat semasa PRU-13 yang baru sahaja berlangsung pada bulan lepas.
PM telah menyerahkan pelbagai kemudahan yang bakal dinikmati oleh penduduk di Sarawak baik dari segi jalan raya sehinggalah kepada RMR.
Terima kasih PM kerana mengotakan janji beliau!
Kerajaan BN diharap tepati janji PRU13
Posted on June 11, 2013, Tuesday
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menaruh harapan tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menepati janji-janji yang telah dinyatakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.
Kemenangan mudah BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU13 membuktikan sokongan kukuh dan padu rakyat Sarawak kepada kerajaan BN di bawah pimpinan Najib.
Pembangkang katanya, terus gagal menembusi Sarawak khususnya rakyat luar bandar meskipun menggunakan calon-calon yang berpengaruh besar sebagai calon mereka.
Justeru beliau menaruh harapan yang tinggi agar kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri akan menepati janji-janji yang telah dinyatakan kepada rakyat negeri ini bagi membolehkan beliau terus menerajui kerajaan.
“Sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar (Sarawak), saya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana memberi perhatian yang serius kepada aspek pembangunan di negeri ini termasuk di kalangan masyarakat Penan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perayaan Gawai Dayak 2013 bertemakan ‘Segulai Sejalai’ di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.
Majlis tersebut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet Sarawak, wakil-wakil rakyat, pemimpin dan ketua masyarakat.
Bercakap mengenai majlis itu, Jabu berkata sambutan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Negeri akan diraikan dengan lebih meriah dan penuh kelainan tahun depan bagi menggambarkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini.
Katanya berbeza dengan penganjuran tahun ini, sambutan Gawai Dayak tahun depan akan mengetengahkan budaya dan tradisi kaum Bidayuh atau kaum Dayak lain selain Iban.
“Gawai menggambarkan perpaduan dan menerusi perpaduan inilah kita rakyat Sarawak khasnya Dayak dapat melupakan perbezaan antara satu sama lain serta bersatu sebagai satu Malaysia,” katanya.
Bagi memeriahkan dan menyerikan acara sambutan pada malam itu, turut diadakan perarakan Kumang Gawai mewakili setiap bahagian di negeri ini daripada kaum Iban dan Bidayuh.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian koir diikuti dengan upacara memotong kek kemenangan BN dan kek Hari Gawai serta upacara minum ucap Selamat Gawai-Ai Pengayau.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!