PRN Sarawak 2010 dan PRU13 membuktikan PKR tidak relevan kerana pandai berlakon dan memanipulasi rakyat…Kini Sam Ketot pula mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ingin bertanding lebih 35 buah kerusi untuk DUN Sarawak yang dijangka akan berlangsung 2 tahun lagi.
Berjayakah PKR merebut kesemua kerusi kelak atau mereka akan cuma mendapat 1 kerusi sahaja?
PKR mahu tanding separuh daripada 71 kerusi
by Watt Zacchaeus. Utusan Borneo Posted on July 8, 2013, Monday
BERSEDIA: Iskandar (tengah), Chen (kanan) dan Kassim semasa sidang media di Sibu, semalam.
Harap dapat capai hasrat melalui keputusan pucuk pimpinan pada mesyuarat kelak: Iskandar
SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat mahu bertanding separuh daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Ketua Pemuda PKR Iskandar Samsul berkata, pihaknya berharap dapat mencapai hasrat itu melalui keputusan pucuk pimpinan parti pada mesyuaratnya kelak.
“Saya ke sini adalah untuk lawatan kerja bagi memberi tumpuan kepada persediaan pilihan raya khususnya Sarawak yang akan menghadapi pilihan raya negeri kelak.
“Walaupun ia masih jauh, namun adalah penting bagi kami untuk membuat persediaan rapi,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Cawangan Lanang di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi PKR Cawangan Lanang George Chen dan Pengerusi PKR Cawangan Mukah Kassim Masim.
Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil memberitahu, pihaknya akan memastikan bahawa semua cawangan PKR di peringkat akar umbi di negeri ini membuat persediaan rapi.
“Inilah di sebalik hakikat bahawa parti ini masih berjuang untuk reformasi pilihan raya, termasuk kes-kes petisyen pilihan raya yang belum selesai.
“Bagaimanapun, ia tidak menghalang kami daripada bekerja.
“Malah, kami juga mengadakan pemilihan parti pada awal tahun depan, jadi kami berharap pilihan raya ini akan dimaksimumkan untuk membentuk satu pasukan kerja atau kuasa yang menggerunkan di peringkat bahagian,” tegasnya.
Pada PRN lalu, PKR bertanding di 49 kerusi tetapi hanya menang tiga kerusi iaitu di Krian, Ba’Kalalan dan Batu Lintang.
Mengenai tragedi kebakaran di Kampung Datu/Hilir baru-baru ini, Iskandar berkata, beliau telah melawat tapak terbabit dan telah menerima aduan daripada mangsa dan orang kampung atas kelewatan pihak bomba.
Beliau berkata berdasarkan aduan yang diterima, pasukan penyelamat hanya datang satu jam kemudian selepas api mula merebak.
“Jika itu adalah benar, kita perlu meminta penjelasan daripada pihak berkuasa berkenaan.
“Kampung ini sangat dekat dengan balai bomba dan apa sebab mereka lambat datang,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!