Apakah kehilangan besar buat DAP Sarawak ini? Sama-sama kita baca ungkaian pertualang di alam maya ini.
TAKZIAH: Kehilangan besar untuk DAP Sarawak
Posted by MELANAU BLOGGER™
Mungkin inilah pertama kali DAP Sarawak berkata benar bila mengakui kematian Chin Peng satu kehilangan besar buat mereka.
Ketua DAP Sarawak Chong Chien Jen dalam satu laporan berkata mereka sedih dengan kematian bekas pemimpin komunis Chin Peng.
Chong turut menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan Malaysia yang tidak menerima perjuangan Chin Peng, bahkan mayatnya tidak dibenar untuk dibawa masuk ke negara ini.
Bagi Chong dan DAP, komunis seperti Ching Peng adalah idola bagi perjuangan mereka. Malah parti DAP terbentuk dari serpihan ideologi komunisme.
Masyarakat bumiputera di Malaysia tentunya kurang memahami perasaan Chong dan DAP terhadap Chin Peng, kerana orang bumiputera tidak menerima keganasan serta ideologi komunis dalam perjuangan mereka. Berbeza sekali dengan DAP.
Nenek moyang DAP berasal dari tanah besar negara komunis, bukan dari gugusan kepulauan nusantara seperti mana kaum lain yang rata-rata datang dari negara pengamal demokrasi.
Atas alasan itu kita memahami perasaan sentimental Chong serta pemimpin DAP lain terhadap kematian pejuang komunis.
Justeru ucapan Takziah juga wajar ditujukan kepada keluarga besar DAP yang mendukung ideologi komunis.
Maka benarlah kematian Chin Peng memang satu kehilangan besar buat Chong dan DAP.
...Kerana mereka juga komunis
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!