| PKR - Parti Kelam-Kabut Rakyat AbangJohari Foto Credit: Sarawakpage.com |
![]() |
| Foto credits : http://reformasin.blogspot.com |
![]() |
| Foto credits: http://reformasin.blogspot.com |
petang mukaku menunggu cahaya...

| PKR - Parti Kelam-Kabut Rakyat AbangJohari Foto Credit: Sarawakpage.com |
![]() |
| Foto credits : http://reformasin.blogspot.com |
![]() |
| Foto credits: http://reformasin.blogspot.com |
Sarawak sedia hadapi transformasi ke arah berpendapatan tinggi
Posted on Utusan Borneo March 13, 2011, Sunday
KUCHING: Sarawak kini telah bersedia sepenuhnya menghadapi proses transformasi ke arah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata keadaan negeri dan rakyat pada tahap yang baik kini memungkinkan lagi kelicinan proses transformasi negeri.
Katanya, gaya hidup sihat di kalangan masyarakat amat dititikberatkan dalam agenda pembangunan negeri.
Justeru katanya penglibatan aktif masyarakat khasnya belia dalam aktiviti kecergasan menjadi asas pembentukan belia yang dikehendaki untuk kesinambungan masa depan.
“Dalam usaha mencapai ekonomi berpendapatan tinggi semua pihak harus bekerjasama dan menyokong setiap aktiviti yang dilaksanakan.
“Kesinambungan pembangunan warga yang sihat dan aktif secara tidak langsung akan meningkatkan produktiviti masyarakat ke arah negeri berpendapatan tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KIRC) di pekarangan Dewan Suarah Negeri di sini semalam.
Tambah Taib, generasi muda hari ini dilihat berkeinginan tinggi untuk berjaya dan menunjukkan prestasi yang lebih baik melalui penglibatan dan aktiviti-aktiviti yang direncanakan.
Justeru beliau berharap agar golongan belia akan dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Bercakap mengenai pusat tersebut, Taib berkata ia merupakan inisiatif yang baik dalam usaha menggalakkan penglibatan masyarakat ke arah aktiviti sihat dan berfaedah.
Melalui pusat rekreasi ini ia diharapkan akan dapat dipromosikan ke kawasan lain di negeri ini antaranya Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Betong dan kawasan-kawasan lain di negeri ini.
Kerajaan dalam pada itu menurut Taib akan berusaha mencari pendekatan terbaik bagi membantu meningkatkan kemudahan dan fasiliti KIRC untuk kegunaan bersama.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan Ikom berkata antara kemudahan yang disediakan di KIRC ialah gelanggang futsal, bola keranjang, sepak takraw badminton, bola tampar, pentas terbuka, tempat letak kereta dan kemudahan jalur lebar.
Selain acara-acara sukan, kemudahan ini juga boleh digunakan untuk majlis-majlis perayaan serta acara-acara keramaian.
Pada majlis tersebut turut diadakan pelancaran ‘Tabloid Juara’, terbitan dua kali sebulan, fokus kepada pembangunan sukan dalam dan luar negeri.
Hadir sama Ketua Setiausaha Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Hal Ehwal Belia dan Latihan Belia Larry Sng serta Presiden Persatuan Lawn Tennis Sarawak Datuk Patrick Liew.
Posted BERNAMA 10 Mac, 2011 19:02 PM
Pas Minta SPR Lanjutkan Tempoh Berkempen Bagi Pilihan Raya SarawakKUALA LUMPUR 10 Mac (Bernama) -- PAS Khamis meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh berkempen bagi pilihan raya Sarawak daripada tujuh kepada 21 hari.
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata ini perlu kerana Sarawak sebuah negeri yang besar menyebabkan perjalanan ke satu-satu tempat mengambil masa, sekali gus menyukarkan usaha berkempen.
Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata masalah itu diburukkan lagi dengan faktor kelengkapan logistik pakatan pembangkang yang tidak mencukupi.
Sebelum ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilapor berkata pihaknya bersedia mendengar sebarang cadangan konstruktif daripada parti politik di negara ini bagi memastikan pilihan raya negeri Sarawak berjalan lancar dan adil.
Abdul Aziz memberi respons itu ketika mengulas cadangan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Fadillah Yusof agar tempoh berkempen dipendekkan bagi mengelak amalan politik kurang sihat.
Sementara itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamad Sabu berkata parti tersebut dan rakan sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP sedang membincangkan agihan kerusi yang akan ditandingi.
Pada pilihan raya Sarawak 2006, Barisan Nasinal menguasai 63 kerusi dengan Parti PBB menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.
Di pihak pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.
Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini.
Penduduk Sadong Jaya mahu Mahmud
by Wan Ali Amit. Posted on Utusan Borneo March 8, 2011, Tuesday
Bagi pertahan kerusi BN pada pilihan raya negeri akan datang, mereka mahu pemimpin berwibawa
KAMI MAHU MAHMUD: Para penyokong BN dari kawasan Sadong Jaya menyerahkan resolusi di Ibu Pejabat PBB di Kuching semalam, mahukan Mahmud Abu Bekir Taib bertanding di kawasan Sadong Jaya pada pilihan raya negeri akan datang.
KUCHING: Penduduk kawasan Sadong Jaya telah menghantar resolusi mahukan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya pada pilihan raya negeri akan datang.
Resolusi dan cadangan itu telah diserahkan oleh lebih 120 orang penduduk daripada 13 kampung di kawasan terbabit kepada Setiausaha Eksekutif Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Awang Bujang Awang Antek di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako, di sini pada pagi semalam.
Ketua delegasi terbabit, Ain Mahli berkata penyerahan resolusi itu adalah sebagai tanda sokongan padu penduduk mahukan pemimpin yang benar-benar dapat membawa pembangunan di kawasan berkenaan.
“Kami mahu calon N20 Sadong Jaya benar-benar dapat membawa perubahan besar dan pembangunan serta kemajuan di kawasan kami,” kata Ain yang juga Ketua Kaum Kampung Semera Hilir.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Bahagian Sosial Kampung Samarahan berkata resolusi dan cadangan itu bukannya main-main, tetapi mereka benar-benar mahukan calon BN berwibawa yang dapat membawa kehidupan lebih baik kepada seluruh rakyat kawasan itu.
Ain menarik perhatian selepas menyerahkan resolusi itu kepada Ibu Pejabat PBB, penduduk-penduduk terbabit mahu resolusi itu dihantar segera kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk pertimbangan sewajarnya.
“Kami mahu Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib) meletakkan calon berwibawa seperti Mahmud (Abu Bekir) bertanding di DUN Sadong Jaya bagi membawa lebih banyak pembangunan di kawasan kami,” katanya.
Mahmud Abu Bekir merupakan anak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib yang juga tokoh korporat terkemuka di negeri ini.
Anak kedua Abdul Taib itu kini merupakan timbalan pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak (CMS) Sdn Bhd.
DUN Sadong Jaya kini disandang oleh Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi yang telah memenangi kerusi terbabit menerusi BN-PBB selama lima penggal.
Wan Abdul Wahab telah menyatakan hasratnya untuk tidak dicalonkan semula pada pilihan raya negeri akan datang ketika berucap membahaskan usul pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, November tahun lalu.
Pada pilihan raya negeri 2006, Wan Abdul Wahab memenangi kerusi DUN Sadong Jaya setelah menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Piee Ling dengan majoriti 858 undi sahaja.
Wan Abdul Wahab memperolehi 2,715 undi sementara pencabarnya, Piee Ling me-raih sebanyak 1,857 undi.
Justeru, ramai pemerhati politik beranggapan bahawa DUN Sadong Jaya perlu perubahan drastik dengan meletakkan calon BN yang benar-benar berwibawa pada pilihan raya negeri akan datang bagi mengembalikan keyakinan tinggi rakyat di kawasan terbabit.
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants