Tontonlah selanjutnya video ini dipautan http://www.youtube.com/user/thepowercam http://plixi.com/p/89443643
petang mukaku menunggu cahaya...

Tontonlah selanjutnya video ini dipautan http://www.youtube.com/user/thepowercam http://plixi.com/p/89443643
| Foto credits Utusan Borneo Sdr Richard Silo |
Baru Bian tidak patut mendabik dada mahu berdebat dengan KM
Posted on March 9, 2011, Wednesday
KUCHING: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Baru Bian tidak harus memandang tinggi diri-nya serta mendabik dada dengan membuat tuntutan agar Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berdebat dengannya.
Hakikat bahawa beliau sekadar seorang ahli jawatankuasa lantikan menunjukkan beliau tidak ada justifikasi untuk membuat tuntutan sedemikian.
Setiausaha Pemuda PBB Ba’ Kelalan, Richard Silo berkata, pihak parti sudah cukup prihatin untuk melayan permintaannya bagi menangkis dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Bagaimanapun, daripada berpura-pura menjadi wira rakyat Sarawak dengan menuntut perde-batan dengan presiden kami, beliau seharusnya terdahulu berdebat dengan kami di Ba’ Kelalan,” kata-nya di sini, kelmarin.
Beliau berkata, memandangkan Baru ingin sekali bertanding di Ba’ Kelalan dalam pilihan raya negeri akan datang, beliau sewajarnya berdebat dengan wakil parti di konstituensi tersebut.
Menurutnya, PBB Ba’ Kelalan amat mengenali Baru secara peribadi kerana beliau pernah tiga kali bertanding di konstituensi itu.
“Beliau tewas dalam ketiga-tiga cubaan itu kerana kami di Ba’ Kelalan amat mengenalinya. Ramai orang di Sarawak tidak mengenalinya seperti kami.
“Maka, kami ingin me-ngeluarkan cabaran kepadanya untuk mengadakan perdebatan terbuka dengan kami mengenai kemajuan di konstituensi Ba’ Kelalan,” katanya lagi.
Beliau menambah, Baru mesti menunjukkan bukti kukuh mengenai pembangunan yang beliau telah bawa ke konstituensi mereka dan bukan sekadar mengeluarkan retorik semasa perdebatan.
Richard yang juga Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, Baru harus berdebat mengenai sumbangannya di konstituensi mereka sebelum melakukan cubaan untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa beliau adalah wira rakyat Sarawak.
Beliau berkata, pemim-pin politik biasanya bermula dari peringkat konstituensi sebelum memperluaskan skop pembabitannya dalam politik.
“Justeru, kami meminta beliau membuktikan ke-wibawaannya di konstituensi Ba’ Kelalan terlebih dahulu sebelum mencuba untuk menjadi wira politik di mata rakyat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Belaga, Henry Kilah Talek yang juga Ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB berkata, beliau merasa malu dengan Baru kerana menuntut perdebatan dengan Taib yang sudah banyak membantu masyarakat mereka.
“Sebagai Orang Ulu, saya merasakan ia tidak wajar baginya untuk menjadi wira sedangkan Ketua Menteri telah membantu masyarakat kami.
“Sebenarnya, saya berasa malu dengan cabarannya yang seakan-akan memperkecilkan kepimpinan seorang individu yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan negeri ini,” katanya.
03 April, 2011 21:38 PM
BN Ketengahkan 18 Muka Baru Pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10
KUCHING, 3 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 18 muka baru sebagai calon Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10 pada 16 April.
Ia melibatkan 10 calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tujuh daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Pengumuman calon BN dilakukan oleh Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem, yang melibatkan 70 daripada 71 kerusi.
Calon kerusi DUN Ba'kelalan, yang diperuntukkan kepada satu lagi parti komponen BN Sarawak, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak diumumkan hari ini tetapi kemungkinan besar turut diisi oleh muka baru.
Muka-muka baru bagi PBB adalah Dr Hazaland Abang Hipni bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut; Martin Ben (Kedup); Aidel Lariwoo (Sadong Jaya); Razali Ghapor (Beting Maro); Razi Sitam (Saribas); Datuk Len Talif Salleh (Belawai); Dolah Saidol (Semop); Dr Annuar Rapee (Nangka); Ripin Lamat (Lambir) dan Dennis Ngau (Telang Usan).
SUPP menampilkan Sim Kiam Chiok (Padungan); Prof Dr Sim Kui Hian (Pending); Sih Hua Tong (Batu Lintang); Ling Kie King (Meradong); Chieng Buong Toon (Bukit Assek); Datuk Tiong Thai King (Dudong) dan Henry Ling (Kidurong) manakala PRS, Stanley Unja di Pelagus.
Bagi Len Talif, 58, yang merupakan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), beliau mahu menggunakan pengalamannya sebagai pentadbir untuk membantu rakyat Sarawak.
"Ini adalah peluang untuk berbakti kepada rakyat. Saya berbangga terpilih sebagai calon kerana saya tidak terfikir akan ditawarkan menjadi calon BN dalam pilihan raya," katanya.
Ngau, 43, yang merupakan calon keturunan etnik Orang Ulu, berharap untuk meningkatkan lagi taraf hidup penduduk di kawasan Telang Usan, yang kebanyakannya adalah daripada etnik itu.
"Sebagai anak tempatan, saya memahami keperluan dan masalah penduduk di sana terutama masalah etnik Ulu," kata pengurus besar di sebuah hotel di Miri.
Seorang lagi calon baru, Dr Hazaland, 45, berkata walaupun beliau muka baru, sebenarnya beliau telah dididik selama 15 tahun oleh PBB dan bekas ADUN Demak Laut Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen.
"Saya telah mengikuti proses yang biasa di mana saya pegang jawatan di peringkat kampung, iaitu sebagai ahli biasa pada tahun 2001, 10 tahun yang lalu dan dari situ saya naik sikit-sikit dan sehingga kini saya menjadi Timbalan Ketua Cawangan Demak Laut. Pemilihan di tangan pucuk pimpinan parti," katanya.
Calon DUN Batu Lintang, Sih berkata ketika ini sentimen di Kuching ketika ini memang mahukan calon yang lebih muda dan berkaliber kerana kawasan itu terpinggir sejak lima tahun lepas apabila dikuasai pembangkang.
"Kami tidak tahu sama DAP atau PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang akan bertanding kerusi itu kerana terlalu banyak pertelagahan dalaman antara mereka sama ada dalam DAP atau komponen parti pakatan pembangkang. Terlalu banyak ketidaktentuan sehingga hari ini, kami faham tiada calon sah lagi," katanya.
Bagi calon BN Padungan, Kiam Chiok, 48, beliau yakin dapat memenangi hati rakyat kerana pembangkang yang memenangi kerusi itu pada 2006 tidak banyak melakukan kepada rakyat sejak lima tahun lepas.
"Tiada pembangunan di kawasan itu dan sektor perniagaan lembap, terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan," katanya.
-- BERNAMA
| Foto credits: TMI |
| Baru Foto Credits TMI |
03 April, 2011 21:34 PM
BN Tawarkan Calon-calon Terbaik, Kata Adenan
KUCHING, 3 April (Bernama) -- Empat parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri yang akan bertanding di semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri 16 April ini, menawarkan calon terbaik selepas pertimbangan rapi, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata kecuali calon misteri bagi DUN Ba'kelalan yang akan diketahui sebelum hari penamaan calon Rabu ini, semua 70 calon termasuk 18 muka baru telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pastinya calon yang dipilih adalah calon yang boleh menang dan mereka adalah yang terbaik yang kami dapat tawarkan selepas pertimbangan rapi," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak dengan petugas media bagi mengumumkan barisan calon BN di ibu pejabat PBB di sini.
Adenan mewakili Pengerusi BN Sarawak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sebelum itu mempengerusikan mesyuarat BN negeri dengan calon-calon berpotensi dan penyandang.
Katanya PBB selaku tunjang BN negeri, diperuntukkan 35 kerusi diikuti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) (sembilan) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) (lapan).
"Tiada pertikaian di kalangan parti komponen BN berhubung pengagihan kerusi tidak sepertimana orang tertentu yang saya tahu," katanya tanpa menyebut kemelut yang berlaku dalam kalangan parti pembangkang berhubung pengagihan kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.
Bagaimanapun, katanya calon bagi Ba'kelalan, kerusi yang diperuntukkan bagi SPDP akan kekal menjadi misteri sehingga calon yang betul yang akan diundi oleh rakyat, ditemui di kalangan mereka yang berminat untuk bertanding atas tiket BN.
Kepada soalan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang berasal dari Bario, kemungkinan adalah calon misteri itu, beliau berkata: "Itu spekulasi anda tetapi siapa pun orangnya, beliau akan menggunakan simbol BN."
Penyandang kerusi DUN Ba'Kelalan Nelson Balang Rining yang tidak hadir pada mesyuarat itu mengesahkan yang beliau tidak akan mempertahankan kerusi Orang Ulu itu.
Adenan, yang akan mempertahankan kerusi DUN Tanjong Datu juga mengumumkan PBB menampilkan 10 muka baru, SUPP (tujuh) dan PRS (seorang). -- BERNAMA
Berikut adalah susunan mengikut DUN dan jumlah undi yang diperolehi pada penggal ke-9
- Demak Laut - Dr. Hazlan Hipni
- Kedup - Martin Ben
- Sadong Jaya - Aidel Lariwoo
- Beting Maro - Razali Ghapur
- Saribas - Razi Sitam
- Belawai - Len Taliff Salleh
- Semop - Abdullah Saidol
- Nangka - Dr. Annuar Rapaee
- Lambir - Ripin Lamat
- Telang Usan - Dennis Ngau
N1 OPAR
Ranum anak Mina (menang) BN SUPP 3,585
N2 TASIK BIRU
Peter Nansian anak Ngusie (menang) BN SPDP 6,393
N3 TANJONG DATU
Tan Seri Adnan Satem (menang) BN PBB 4,545
N4 PANTAI DAMAI
Dr Abdul Rahman Junaidi (menang) BN PBB 5,217
N5 DEMAK LAUT
Dr Hazland Hipni PBB (Calon Baru)
N6 TUPONG
Datuk Daud Abdul Rahman (menang) BN PBB 6,885
N7 SAMARIANG
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (menang) BN PBB 5,365
N8 SATOK
Datuk Seri Abang Johari Tun Haji Openg (menang) BN PBB 4,222
N9 PADUNGAN
Sim Kian Shiok SUPP (Calon Baru)
N10 PENDING
Dr Sim Kui Hian SUPP (Calon Baru)
N11 BATU LINTANG
Sih Hua Tong SUPP (Calon Baru)
N12 KOTA SENTOSA
Datuk Alfred Yap SUPP (Calon Baru)
N13 BATU KAWAH
Tan Joo Phoi (menang) BN SUPP 6,755
N14 ASAJAYA
Abdul Karim Rahman Hamzah (menang) BN PBB 6,949
N15 MUARA TUANG
Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (menang) BN PBB 7,863
N16 BENGOH
Dr Jerip ak Susil (menang) BN SUPP 7,540
N17 TARAT
Roland Sagah (menang) BN PBB 5,854
N18 TEBEDU
Datuk Michael Manyin ak Jawong (menang) BN PBB 6,107
N19 KEDUP
Maclaine Ben @ Martin Ben Anak Michael PBB (Calon Baru)
N20 SADONG JAYA
Aidel Lariwoo PBB (Calon Baru)
N21 SIMUNJAN
Mohd Naroden Majais (menang) BN PBB 4,786
N22 SEBUYAU
Haji Julaihi Haji Narawi (BN-PBB) (menang) BN PBB 3,748
N23 LINGGA
Hajah Simoi Peri (menang) BN PBB 3,245
N24 BETING MARO
Razaili B.Hj.Gapor PBB (Calon Baru)
N25 BALAI RINGIN
Snowdan ak Donald Lawan (menang) BN PRS 3,075
N26 BUKIT BEGUNAN
Mong ak Dagang (menang) BN PRS 3,083
N27 SIMANGGANG
Francis Harden ak Hollis(menang) BN SUPP 5,144
N28 ENGKELILI
Dr Johnical Rayong ak Ngipa (menang) SNAP 3,442 BN
N29 BATANG AI
Malcom Mussen PRS (Calon Baru)
N30 SARIBAS
Ricky@Mohammad Razi Sitam PBB (Calon Baru)
N31 LAYAR
Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang (menang) BN PBB 3,767
N32 BUKIT SABAN
Robert Lawson Chuat ak Vincent Entering (menang) BN PBB 3,258
N33 KALAKA
Abdul Wahab Aziz (menang) BN PBB 7,396
N34 KRIAN
Peter Nyarok Entrie (menang) BN SPDP 4,784
N35 BELAWAI
Datu' Len Taliff Salleh PBB (Calon Baru)
N36 SEMOP
Abdullah Saidol PBB (Calon Baru)
N38 JEMORENG
Abu Seman Jahwie (menang) BN PBB 3,567
N39 REPOK
Datuk David Teng Lung Chi (menang) BN SUPP 5,502
N40 MERADONG
Ling Lie King SUPP (Calon Baru)
N41 PAKAN
Datuk William Mawan Ikom (menang) BN SPDP 4,138
N42 MELUAN
Wong ak Judat (menang) BN SPDP 5,086
N43 NGEMAH
Alexander Vincent (kalah) BN PRS 2,033
N44 MACHAN
Datuk Gramong Juna (menang) BN PBB 4,045
N45 BUKIT ASSEK
Chieng Buong Toon SUPP (Calon Baru)
N46 DUDONG
Datuk Tiong Thai King SUPP (Calon Baru)
N47 BAWANG ASSAN
Datuk Seri Wong Soon Koh (menang) BN SUPP 6,804
N48 PELAWAN
Vincent Goh Chung Siong (menang) BN SUPP 7,375
N49 NANGKA
Dr Anuar Rapee PBB (Calon Baru)
N50 DALAT
Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) (Menang Tanpa Bertanding/Unopposed)
N51 BALINGIAN
Tan Sri Abdul Taib Mahmud (menang) BN PBB 6,393
N52 TAMIN
Joseph Mauh ak Ikeh (menang) BN PRS 4,639
N53 KAKUS
John Sikei ak Tayai (menang) BN PRS 3,739
N54 PELAGUS
Stanley Unja PRS (Calon Baru)
N55 KATIBAS
Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (menang) BN PBB 3,887
N56 BALEH
Datuk Seri Dr James Jemut Masing (menang) BN PRS 4,802
N57 BELAGA
Liwan Lagang (menang) BN PRS 1,855
N58 JEPAK
Datuk Talip Zulpilip (Menang) BN PBB 4,997
N59 KIDURONG
Henry Ling Kuong Meng SUPP (Calon Baru)
N60 KEMENA
Dr Stephen Rundi Utom (menang) BN PBB 4,750
N61 BEKENU
Rosey Haji Yunus (menang) BN SPDP 4,357
N62 LAMBIR
Ripin Bin Haji Lamat PBB (Calon Baru)
N63 PIASAU
Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (menang) BN SUPP 6,573
N64 PUJUT
Andy Chia Chu Fatt (menang) BN SUPP 6,493
N65 SENADIN
Lee Kim Shin (menang) BN SUPP 7,173
N66 MARUDI
Sylvester Entri ak Muran (menang) BN SPDP 4,954
N67 TELANG USAN
Dennis Ngau PBB (Calon Baru)
N68 BUKIT KOTA
Dr Abdul Rahman Ismail (menang) BN PBB 5,501
N69 BATU DANAU
Palu @ Paulus ak Gumbang (menang) BN SPDP 2,961
N70 BA’KELALAN
Balang Rining (menang) BN SPDP 2,064
Baru Bian SNAP 1,589
N71 BUKIT SARI
Datuk Awang Tengah Ali Hassan (menang) BN PBB 5,596
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants