

Ceramah sidak pebulak di sekitar bandaraya Kuching memang penuh tersusun. Jentera Ubah mereka memang mantap!
Namun ini hanya semasa kempen pilihan raya sahaja. Apabila habis pilihanraya maka mereka semua akan kembali ke semenanjung. Nasib orang Sarawak akan dibiarkan namun semua hasil ekonomi kita akan dimusnahkan dahulu!!
Sarawak yang kaya dan telah dijaga oleh kerajaan Barisan Nasional setelah sekian lama akan dipecah dan dihancurkan sebagaimana mereka menjahanamkan kerajaan Selangor, Perak dan Pulau Pinang! Kelantan memang sudah dicukur sehingga gondol!??
Buku Jingga mengatakan sejak 2008 kerajaan Malaysia menanggung kerugian!?? Sedarkah sidak pebulak bahawa kerajaan Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah yang dirogol mereka sehingga kerajaan ini menanggung hutang yang besar apabila dipuratakan akan menurunkan pencapaian ekonomi negara kita???!!
Silalah lihat nasib Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, nasib orang Asli di Selangor dan mangsa banjir di Kedah!!!?? Kelantan pula isu pembalakan sehingga habis hutan mereka!!?? Tidak lupa juga kepada nasib orang Asli di Kelantan sehinggakan Menteri Besar Kelantan menafikan kewujudan mereka yang agaknya telah lama dihapuskan dari muka bumi Kelantan!!???
Mereka jelas menunjukkan ketidakadilan atau kurang kecekapan dalam mengendali ekonomi negeri mereka. Sepatutnya dengan menguasai negeri yang kononnya berpendapatan tinggi di Malaysia maka ekonomi Malaysia akan naik macam roket mereka??!! Apakah yang telah terjadi sehinggakan penganalisis mereka terbabas daripada tujuan asal mereka?!!
Sekiranya penganalisis mereka ini tidak telus bolehkah kita mempercayai ramalan nombor ekor mereka ke atas keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini?? Kononnya mereka sudah dapat merebut 42 buah kerusi DUN Sarawak setakat ini??!!!
Timbang dan fikirlah penipuan sidak pebulak ini!!???