Menurut teman blogger dari Ipoh, beliau mendengar rungutan rakyat di Ipoh Timor yang tidak menyenangi Lim Kit Siang di sana. Ahli Parlimen tersebut merupakan contoh buruk seorang wakil rakyat. Dia sering tidak mahu melayan aduan rakyat dan menyatakan "Itu bukan kami punya hal!"
Apakah gunanya memiliki wakil rakyat yang malas mengambil aduan rakyat? Patutlah juga Lim Kit Siang melarikan diri untuk bertanding di Gelang Patah? Mungkin dia berpendapat orang cina di Gelang Patah tidak tahu perangainya di Ipoh Timor? Sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, maka semua maklumat dapat diperoleh di hujung jari!
Lim Kit Siang sudah silap besar kerana mengabaikan tanggungjawab beliau di Ipoh Timor dan kini berharap dapat mengaut keuntungan dengan mudah di Gelang Patah? Mahukah penduduk di Gelang Patah memberikan Lim Kit Siang, seorang yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk mewakili mereka di Parlimen Gelang Patah kelak?
Lim Kit Siang Contoh Buruk Seorang Wakil Rakyat
oleh Ipoh Malay
Apabila masalah kerosakan jalan raya di Pasir Pinji dikemukakan kepada pusat khidmat wakil rakyat Ipoh Timor, Ahli Parlimen mereka, Lim Kit Siang hanya menjawab, "Itu bukan kami punya hal!".
Berbeza dengan aduan kepada wakil rakyat BN, yang memang mengetahui isu tersebut adalah dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh, wakil rakyat BN akan berusaha untuk meminta Majlis Bandaraya Ipoh menangani masalah penduduk.
Pengundi DAP di Ipoh Timor bukan sahaja telah mengutuk terang-terangan wakil rakyat mereka si tua bangka ini, malah telah menyebabkan dia tidak lagi bertanding di Gelang Patah.
Ramai yang menyedari kerugian yang telah mereka alami sepanjang 9 tahun diwakili oleh Lim Kit Siang.
Mereka kini tentu rindukan kelibat wakil rakyat BN terdahulu di Ipoh Timor, Thong Fah Chong yang bukan sahaja rajin membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira bangsa tetapi bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah!
Namun Lim Kit Siang tidak mungkin lagi bertanding di Ipoh Timor. Beliau telah dijadikan sebagai contoh buruk seorang wakil rakyat. Ini memudahkan calon baru buat BN di Ipoh Timor untuk menang menjelang PRU13!
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!