Ikuti laporan seterusnya di sini
http://www.mole.my/content/star-placed-agong-beneath-guan-eng
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
petang mukaku menunggu cahaya...

Menurut penganalisa politik, Lim Guan Eng tidak mahu PAS bertanding di situ pada PRK ini. Dia tidak mahu PAS memiliki kuasa lebih daripada DAP dan tidak juga mahu melihat PAS duduk bersama dengan UMNO di Terengganu.
PKR dan juga PSM pasti akan menurunkan calon untuk menyukarkan laluan PAS di sana kelak. Kuala Besut membuktikan mereka adalah kubu kuat BN pada PRU13. Sekarang ini PAS memiliki 14 dan PKR 1 buah kerusi di DUN Terengganu manakala BN juga memiliki 17 buah kerusi. Apakah senario politik akan bertukar sekiranya PAS menyamai kedudukan kerusi BN di DUN Terengganu?
Ura-ura menyatakan bahawa PAS bakal menurunkan Ustaz Azhar Idrus untuk menawan Kuala Besut, siapa calon harapan rakyat di untuk BN?
BN Yakin Pertahan DUN Kuala Besut – Idris Jusoh
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, Rabu.
Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri
Idris Jusoh berkata DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan Allahyarham berjaya meraih majoriti lebih 2,400 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
“Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya.
“Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil UMNO pusat,” kata Idris yang juga anggota Parlimen Besut ketika ditemui di luar sidang Dewan Rakyat di sini.
Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.
“Saya cukup kenal rakyat dan amat memahami kawasan ini…biarkan pakatan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut,” katanya.
A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi akibat kanser paru-paru.
Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.
Pada PRU-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, Pas menguasai 14 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat satu kerusi.
Tahniah kepada Abang Johari yang mengekalkan jawatan beliau sebagai Presiden SABERKAS sempena persidangan tiga tahun mereka baru-baru ini.
Abang Johari terajui SABERKAS bagi penggal 2013-2016
Posted on June 25, 2013, Tuesday
PERKASA PEMBANGUNAN BELIA: Abang Johari bersama Aidan Wing mengadakan sidang media selepas Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS di Kuching, kelmarin.
KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) mengekalkan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagai presiden bagi penggal 2013-2016 menerusi Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden diberikan kepada muka baharu iaitu Datuk Roland Sagah Wee Inn bagi menggantikan Dato Sri Douglas Uggah yang menarik diri atas sebab komitmen beliau dalam Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.
Naib presiden pula menyenaraikan Datuk Lee Kim Shin, Datuk Stephen Rundi, Abdul Karim Rahman Hamzah dan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Lee akan bertanggungjawab bagi komuniti Cina, Hasidah bagi kaum wanita manakala Karim dan Rundi masing-masing bertanggungjawab terhadap pembangunan belia bandar dan luar bandar.
Justeru, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan menyatakan harapan agar SABERKAS akan meneruskan usaha sebagai sebuah pertubuhan belia, di mana ia kini mempunyai dua pertiga ahli muda daripada keseluruhan ahli.
“Sasaran kita ialah untuk membantu kerajaan dan masyarakat belia mencapai arus perdana pembangunan menjelang tahun 2030.
“Kita menyediakan pemimpin pelapis yang berpengalaman kerana dalam tempoh 17 tahun akan datang, mereka akan mengambil alih kepimpinan yang lama.
“Dengan itu, mereka akan dapat meneruskan usaha pembangunan belia bersama pembangunan negeri dan negara,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini.
Dalam pada itu, Abang Johari berkata dalam sudut sosial dan ekonomi, SABERKAS mengambil pendirian untuk membantu usaha membangunkan luar bandar melalui SCORE, hab halal dan sektor-sektor yang berkepentingan kepada golongan belia khasnya dalam aspek pekerjaan.
“SABERKAS akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk sama-sama mengetahui peluang yang diwujudkan di Sarawak,” katanya.
Selain itu, beliau berkata SABERKAS turut menumpukan untuk memantap serta memperkasakan pentadbiran menerusi teknologi maklumat.
Untuk itu, katanya kesemua 71 cawangan SABERKAS Negeri akan diberikan Komputer Riba 1Malaysia secara percuma sebagai kemudahan.
“Maka, apa sahaja maklumat mengenai aktiviti atau program daripada ibu pejabat atau oleh kerajaan akan dapat disalurkan kepada cawangan,” katanya.

Mesyuarat Koordinasi Bencana Kampung Datu
Timeline YB Datuk Fatimah

Disini bermula perjuangan kemerdekaan kita suatu masa dahulu
Ayuh saudara-saudaraku:
Mereka di Sibu tinggal sehelai sepinggang. Mereka di pusat penempatan memerlukan:
Pakaian
Lampin
Tuala
Tuala Wanita
Tilam
Selimut
Bantal
Air Mineral
Sabun
Ubat Gigi
Sejadah
Kita bantu apa yang termampu::
Buat Warga Kuching yang ingin menyumbang pakaian kepada Mangsa Kebakaran di Sibu.
Info : saya dah dpt koordinat dgn Pihak ABM Kuching. Bagi sesiapa warga Kuching yg ingin menghulurkan bantuan dari segi pakaian, selimut, pakaian kanak2, anda boleh menghantar ke
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak, Tingkat 1, Blok C, Kompleks CIDB, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Tel 082446700 Fax 082442700 U/p En Mohd Hafeazal Hj Suhaili.
Minta pakaian diasingkan. Pakaian lelaki, pakaian perempuan, pakaian kanak-kanak, kain selimut. Mereka akan bertolak ke Sibu pada hari Sabtu atau Ahad ini. Segala sumbangan anda amat dihargai. Minta tolong share kan maklumat ini kepada warga Kuching. Terima Kasih.
Anda boleh juga menyalurkan/menghantar sumbangan ikhlas anda ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya (YB Datuk Hj Fadillah Hj Yusof) di Tingkat 1,Bangunan Korpekasa,Jalan Astana,Petra Jaya Kuching @ call 082-444390
Anda dinasihat agar tidak mengakses sebarang maklumat jika terdapat ketidaksesuaian, dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak, individu atau parti politik.
MUKAPETANG tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat/media yang terdapat dalam blog ini.
Copyright 2010 MUKAPETANG™
Designed by CamelGraph |
Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com
Top Web Hosts | Web Development by WebDesigningCompany.Net | websites for accountants