PULAU
PINANG 24 Ogos 2010 –
theMJDotcom
Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu
penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat
Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengakui cara dan tempat beliau
berdoa itu silap. Namun,
beliau tetap mempertahankan tindakannya untuk berdoa bagi orang bukan
Islam supaya diberi hidayah untuk memeluk Islam sebagai tidak salah
dari segi agama, cuma pendekatannya sahaja yang tidak betul.
 |
Ustaz Zakaria sedar akan doanya ditempat yang salah |
“Insya-Allah,
saya mungkin tidak berdoa seperti ini lagi dalam khutbah Jumaat, saya
akan berdoa di tempat lain dan perkara ini tidak akan berulang lagi,”
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau
ditemui selepas memberikan penjelasan berhubung isu tersebut kepada
barisan panel pihak berkuasa agama negeri selama kira-kira sejam
setengah bermula pukul 3.20 petang di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang (JHEAIPP), Lebuh Pantai di sini.
Zakaria
turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)
kerana telah memberikan panduan berhubung perkara itu kepadanya dan akan
memastikan ia tidak berulang. Beliau
berpendapat, isu tersebut adalah kecil tetapi disebabkan perkara itu
telah dipolitikkan oleh pihak tertentu, maka ia menjadi isu yang besar.
“Jadi
saya akan saman mana-mana pihak termasuk media yang telah menjatuhkan
maruah saya, seolah-olah saya ini jahil dalam Islam dan sebagainya.
“Perkara ini telah pun dirunding dengan peguam saya,” ujarnya. Ditanya adakah beliau akan meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku, beliau berkata, ia tidak seharusnya dipersoalkan.
“Tidak timbul soal meminta maaf sebab saya tidak bersalah kepada MAIPP kerana saya mempunyai tauliah,” ujarnya.
Pada
masa sama, Zakaria memberitahu, pihak polis telah mengambil
kenyataannya berhubung isu itu di rumahnya di Taiping, Perak sebelum
sesi penjelasan di JHEAIPP hari ini. Terdahulu,
Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria ketika ditemui berkata, pihaknya
berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Zakaria dan perkara
tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MAIPP tidak lama lagi. Tambahnya,
pihaknya juga tidak terfikir tentang tindakan yang akan diambil dan
buat masa ini MAIPP sedang mencari jalan bagaimana hendak menjernihkan
perkara tersebut. Ditanya adakah Zakaria meminta maaf pada sesi itu,
beliau tidak menafikan.
“Saya boleh katakan sedemikian, suasana tadi adalah bermaaf-maafan dan berjalan dengan lancar dan baik,” katanya.
Akhirnya
ustaz totok PAS mengaku juga tindakan beliau adalah salah membaca doa
untuk orang bukan mukmin . Lihat lah sendiri kerana seorang ustaz
totok PAS ini saja membuat onar di dalam masjid , satu negara bising
kerana tidak puas hati PAS menggunakan masjid sebagai pentas politik.
PAS
harus ingat apabila masjid cuba dijadikan pentas politik , tidak semua
umat Islam yang hadir ke masjid itu untuk beribadat suka apa yang PAS
lakukan itu semua . Mungkin bagi juak2 kopiah putih PAS setuju dan
seronok ustaz mereka hantam kerajaan dan memuji Guan Eng tetapi
sebenarnya ramai yang meluat tindakan ustaz PAS itu .
Itu
yang menyebabkan ramai pihak menyatakan perbuatan ini boleh
memecahbelahkan umat Islam . Diharapkan selepas ini PAS tidak lagi
sewenang-wenangnya menggunakan masjid sebagai pentas politik .
mukapetang: Entahlah apa nak jadi dengan mereka, diharap mendapat kesedaran dan tidak lupa diri apabila berdoa. Isu hangat ini patut dipelajari oleh pihak PAS agar tidak berulang lagi.
1 ulasan:
semoga sifat cinta dunia kita diatasi oleh cinta akhirat.jangan kita menghalalkan yang haram demi untuk kepentingan diri.
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!