Kerajaan akan siasat punca himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang
Posted on October 9, 2010, Saturday
SIBU: Kerajaan akan menjalankan siasatan berhubung punca sebenar yang membawa kepada fenomena himpunan kayu hanyut di Sungai Rajang yang telah ‘melanda’ bandar ini semalam.
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kejadian itu merupakan satu fenomena yang pelik dan tidak pernah berlaku.
“Kita tidak boleh memandang ringan masalah ini. Kejadian ini juga tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa,” ujarnya kepada pemberita selepas melihat keadaan di Terminal Penumpang Sibu, semalam.
Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Timbalannya Daniel Ngieng Kiong Ann serta Jurutera Jabatan Kerja Raya, Vincent Tang.
Wong yang juga Menteri Kewangan II berkata, himpunan kayu yang hanyut itu boleh membawa kemusnahan serius kepada sistem ekologi sungai di sepanjang Sungai Rajang.
“Masih terlalu awal untuk menentukan langkah yang patut diambil. Kita perlu melihat perkara ini bagi mencari jalan penyelesaian selepas keadaan kembali pulih,” katanya.
Menurut Wong lagi, mereka akan memikirkan cara bagaimana untuk membersihkan kayu yang menyekat aliran sungai, sebelum ia membahayakan pengguna sungai.
Beliau juga merayu kepada operator bot agar memandu bot mereka dengan perlahan dan berhati-hati bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Jika perlu, jangan gunakan sungai buat sementara waktu dan tunggu keadaan pulih sepenuhnya,” tambah Wong.Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini iaitu 563 kilometer dari puncanya, merupakan nadi pengangkutan bagi kawasan tengah Sarawak.
3 ulasan:
salam
sebaiknya harus di selesaikan dgn segera
SALAM,
Sama-sama kita berdoa agar masaalah ini selesai secepat mungkin.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul .bagi kami penduduk tempatan.
Memang fenomena semulajadi begini diluar kawalan sesiapa pun.
Melainkan ini adalah sabotaj pihak2 yang tidak bertanggung jawab ,bagi menyalahkan seseorang?? nauzubilah min zalik.
Salam,
Saya mengikuti perkembangan bencana ini dengan sedih dan amat pilu sekali. Banyak sejarah hidup saya yang dibentuk oleh kecantikan sungei ini. Saya lahir dan membesar di kawasan ini dan waktu kecil saya mudik ke hulu/hilir sungei rejang untuk membantu kedua-dua orang saya berniaga. Waktu kecil-kecil (hampir 50 tahun yang lalu), sungei ini mengajar erti kecantikan, anugerah alam dan kuasa Allah SWT. Bila melihat video semalam, teringat akan ayat-ayat ini,
Apabila dikatakan kepada mereka, “Jangan berbuat kerusakan di bumi,” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami justru orang-orang yang melakukan perbaikan,”. Ingatlah, merekalah yang berbuat kerusakan, tetapi mereka tidak menyedari(Al-Baqarah, 11-12)
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) Surah Ar-Rum(41)
Untuk itu kita wajib memohon ampun dan taubat kita kepada Allah SWT yang memberi kita amanah, tetapi kita jahanamkan amanah berkenaan. When are we going to learn. I am in mourning.
Salam
DR.Fatimah
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!