PKR Akan Dikritik Jika Nurul Izzah Rebut Jawatan Timbalan Presiden - Azmin
Sabtu, 9 Oktober 2010
PKR: Kenapa tak sehala? Macam mana nak bawa Reformasi & Adil?
Posted by Unknown
2:45 PG, under Azmin Ali,mStar,Nurul Izzah,PKR,Selangor,Zaid Ibrahim | No comments
mstar
KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara sinis berpendapat bahawa parti itu akan dikritik sekiranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mahu merebut jawatan nombor dua berkenaan pada pemilihan bulan depan.
Azmin yang merupakan Naib Presiden PKR berkata bahawa beliau tidak terkejut jika parti itu dituduh sebagai 'dinasti keluarga' kerana dalam politik kritikan demi kritikan tidak dapat dielakkan.
“Dalam politik kita tak boleh elak dari dikritik. Kita kena menjelaskan penglibatan Nurul Izzah dalam parti tetapi apa yang saya tahu, saya tetap menerima apa jua keputusan," katanya di sini, Jumaat.
Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa beliau sanggup berundur daripada pertandingan itu sekiranya Nurul Izzah menawarkan diri merebut jawatan tersebut.
Katanya, anak sulung Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pencalonan yang cukup untuk menawarkan diri bertanding.
Bagaimanapun, Nurul Izzah memberitahu The Malaysian Insider yang beliau akan membuat keputusan Ahad ini selepas berbincang dengan 'kepimpinan parti'.
Dalam pada itu, Azmin mendakwa, isu nepotisme dan kronisme tidak timbul dalam parti berkenaan memandangkan Nurul Izzah berhak bertanding jawatan berkenaan.
“Tiada isu nepotisme dan kronisme dalam PKR. Nurul Izzah telah banyak memberikan pendapat bernasnya dalam banyak isu, dia adalah aset parti. Semasa ayahnya dipenjara, dia banyak menyumbang kepada parti.
“Nurul Izzah ada pengaruh yang kuat di kalangan generasi muda," jelasnya.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Gombak itu, menjadi tanggungjawab wanita muda itu memastikan sama ada dirinya sudah 'bersedia' bagi menjawat jawatan penting berkenaan.
“Mengenali Izzah, dia akan berbincang dengan pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.
Perebutan jawatan nombor dua dalam PKR itu merupakan yang paling panas sehingga menyebabkan dalaman parti berusia 12 tahun itu kelam-kabut ekoran pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan pelabagi pihak yang dicalonkan.
Azmin kini mendahului senarai pencalonan dengan 102 diikuti Zaid (38) dan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub (17).
Nurul Izzah popular dengan gelaran 'Puteri Reformasi' sepanjang peristiwa pemecatan, tangkapan dan tuduhan rasuah serta liwat ke atas ayahnya, Anwar sebelum merampas kerusi Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum 2008.
mukapetang: Bila kerusi Azmin Ali tergugat baru dia nak bingung. Macam-macam alasan yang dikemukakan agar dia dapat menjadi orang no 2 dalam PKR. Beginikah parti yang diharapkan untuk membawa reformasi dan keadilan. Pemimpin PKR memang tidak bersatu hati, semua tamakkan kuasa. Mereka sanggup bertelagah untuk mendapat gelaran dan pangkat. Puteri Reformasi dengan isunya dan madu Anwar dengan isunya juga. Kacau bilau pucuk kepimpinan. Apabila dibuat pemilihan perwakilan pula, mereka sanggup bertikam lidah malah menggunakan buku lima untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka. Sesungguhnya parti sedemikian memang tidah layak memerintah. Alamatnya pincanglah sebuah negara sekiranya PKR diberi muka oleh rakyat. Agaknya semua akan dijuburi termasuk gas oksigen akan dijual pada harga yang tinggi. Cuma golongan yang mampu akan hidup manakala golongan yang miskin akan terus melarat. Di harap ini dapat membuka mata kita semua agar berhati-hati sebelum memilih pucuk kepimpinan. PKR bukan penyelesaian malah mereka sendiri adalah masalah yang semakin merebak meracuni tingkah laku dan tata susila kita rakyat Malaysia. Semoga mendapat pertimbangan daripada semua sebelum membuang undi yang seterusnya!!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!