PKR pun tegur budaya Nik Aziz tidak sesuai di Sarawak
...Baru Bian menegaskan, isu agama seperti itu tidak seharusnya dibawa ke Sarawak, kerana orang Sarawak sudah lama bersatu dan biasa makan semeja meskipun berbeda agama. Bahkan orang Sarawak yang berbeda agama sama-sama berjual makanan dalam satu premis. Masing-masing berjual kolok mee, bak kut teh dan mee jawa tanpa sebarang masalah atau halangan.
Pembangkang tidak perlu desak KM bubar DUN
Posted on February 2, 2011, Wednesday
KUCHING: Parti-parti pembangkang tidak perlu mendesak Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tarikh pilihan raya negeri dengan segera.
Ini kerana, tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hanya akan berakhir pada Julai depan dan Ketua Menteri boleh mengumumkan pembubaran DUN Negeri pada bila-bila masa sahaja.
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sememangnya Ketua Menteri tahu bila tiba masanya beliau akan mengumumkan pembubaran DUN, justeru tidak perlu didesak oleh mana-mana pihak.
“Kita akan mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini… dan tidak perlu bagi pihak pembangkang mendesak agar Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera.
“Parti pembangkang tidak perlu mendesak Ketua Menteri untuk mempercepatkan pilihan raya diadakan, sebaliknya mereka perlu ‘buat kerja sendiri’ dan jangan cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.
Abdul Karim berkata parti-parti pembangkang sememangnya hanya muncul pada musim pilihan raya tetapi mereka tidak berjumpa dengan rakyat di pelbagai kawasan pada setiap masa meskipun mereka sebagai wakil rakyat.
“Kita akui pembangkang hanya pandai memporak-perandakan rakyat, tetapi mereka tidak pernah mahu membantu rakyat walaupun mereka mewakili kawasan yang ditawan pembangkang,” katanya.
Abdul Karim berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan bahawa Dewan Pemuda PAS Sarawak mendesak Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera bagi membolehkan pilihan raya ne-geri diadakan secepat mungkin.
Pengerusinya, Abang Eddy Allyani Abang Fauzi ketika ketika bercakap kepada pemberita di Bintulu, Sabtu lalu dipetik sebagai berkata: “Sekiranya BN sudah kuat dan yakin, tidak seharusnya menahan tempoh proses itu (pilihan raya) terlalu lama.”
Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata pihak PAS tidak perlu mendesak Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN dengan segera kerana tarikh pilihan raya negeri pasti akan tiba juga.
“Kita mempunyai masa (tempoh) Januari hingga Julai tahun ini untuk mengadakan pilihan raya negeri, justeru kita tunggu sahajalah apabila tiba masanya Ketua Menteri mengumumkan pembubaran DUN,” katanya.
Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada Mei 2006 iaitu sebanyak 71 kawasan (kerusi) DUN dipertandingkan.
BN memenangi 62 kerusi, pembangkang lapan (DAP-6, PKR-1, SNAP-1) dan Bebas satu.
Bagaimanapun, PAS yang bertanding hanya satu kawasan iaitu DUN Beting Maro turut kecundang kepada calon BN.
1 ulasan:
PAS memang susah nak menang di Sarawak, tapi BN pun tak boleh terlalu yakin. sebab apa saja boleh jadi...hehe
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!