Semoga rakyat Sarawak masih ingat dan sedar akan perlembagaan dan proses kemerdekaan. Janganlah kita ingat kita masih merdeka sekiranya kita di bawah pembangkang!!! Ingatlah pesanan Ketua Menteri kita dan sokonglah kerajaan sekarang yang menjanjikan pembangunan.
Pembangkang ‘mabuk cinta’
by Edwin Raoh. Posted on Utusan Borneo February 27, 2011, Sunday
Mereka sanggup berjanji lakukan apa saja demi menawan Sarawak, kata Taib
Ketua Menteri bersama Puan Sri Ragad menyanyikan lagu 1Malaysia semasa menghadiri Sejiwa Senada di Sri Aman
SRI AMAN: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengibaratkan janji pembangkang sebagai janji lelaki mabuk cinta yang sanggup melakukan apa sahaja demi menawan wanita pujaannya.
Menurut beliau kuasa politik Sarawak tidak ubahnya seperti seorang ‘wanita cantik’ yang menjadi kegilaan ramai lelaki (parti politik) untuk memikatnya.
Katanya, parti-parti komponen politik Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang umpama kaum lelaki yang ingin menyunting ‘gadis cantik’ itu dengan menabur janji-janji manis sebagai strategi untuk mendapatkan ‘gadis cantik’ tersebut.
“Jadi BN boleh kita umpamakan sebagai lelaki A dan pembangkang pula lelaki B… lelaki A seorang yang jujur dan tidak berani menabur pelbagai janji untuk mendapat ‘gadis cantik’ itu sebagai isterinya. Manakala lelaki B berjanji bulan dan langit asalkan impiannya untuk mendapatkan gadis itu sebagai isteri menjadi kenyataan.
‘Tetapi akhirnya wanita itu akan menyesal memilih lelaki B apabila janji yang di-luahkan kepadanya gagal ditunaikan,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin dalam majlis itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Sejiwa Senada Peringkat Bahagian Sri Aman 2011 di Padang Lama KPSU Sri Aman di sini, semalam.
Beliau yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ketika menyimpulkan maknanya itu, memberitahu rakyat harus tahu bahawa parti-parti komponen BN adalah jujur dan ikhlas membangunkan negeri ini tanpa meluahkan pelbagai janji kosong seperti pem-bangkang.
Di samping itu Taib menasihati rakyat negeri ini terutamanya rakyat di luar bandar agar menolak segala elemen politik negatif seperti menghasut, mencerca, menyebar dakyah palsu dan banyak lagi hingga boleh mengelirukan fikiran mereka.
Gejala negatif ini hanya akan merugikan hidup rakyat ke-rana ia tidak memberi keuntungan dalam soal memajukan hidup rakyat negeri ini, ujarnya.
Sehubungan itu rakyat harus mengetepikan politik kotor itu sebaliknya bekerja-sama dengan kerajaan BN demi untuk pembangunan negeri ini, jelas Taib.
Justeru, Taib yang juga Pengerusi BN negeri mengingatkan rakyat Sarawak agar berhati-hati dengan janji manis pembangkang yang ditabur setiap kali menjelang pilihan raya.
Pada masa yang sama, beliau turut meminta rakyat berbilang bangsa agar menggembleng perpaduan dengan semangat kerjasama yang lebih padu menerusi perkongsian ilmu dalam semua bidang bagi memajukan negeri dan ne-gara.
Katanya kejayaan sesebuah negara tidak lagi bergantung dengan bantuan kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan padu dari semua lapisan masyarakat yang lebih memahami apa yang dilakukan kerajaan.
Beliau berkata rakyat juga perlu belajar menerima idea baru daripada kerajaan un- tuk mencapai taraf rakyat berpendapatan tinggi me- lalui dasar transformasi eko-nomi.
Turut hadir isterinya Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pelancongan & Warisan dan Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Penyelarasan) Mong Dagang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
1 ulasan:
masuk cinta sebab dah terkena candu nak jadi cm baru...hehe
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!