Berikut adalah spekulasi tarikh pembubaran DUN yang diterima.
- 21 March 2011 - Equinox, Zoroastrian Holiday
- 28 March 2011 - Genap 30 tahun CM dalam politik Sarawak?
- 8 April 2011 - Hari Jumaat
- Jun 2011 - Masdar Wahid
- Kalau anda tahu yang lain sila bagi dalam komentar untuk dikongsi bersama
Pertemuan KM dengan TYT prosedur biasa
Posted on March 18, 2011, Friday
KUCHING: Pertemuan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin semalam hanyalah prosedur biasa, sekali gus menolak spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Taib mengadakan pertemuan dengan Tun Salahuddin di Astana pagi semalam sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Wisma Bapa Malaysia.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pertemuan Ketua Menteri dengan Tun Salahuddin adalah amalan biasa sebelum mesyuarat cabinet diadakan.
“Sudah pasti setiap kali sebelum mesyuarat kabinet, Ketua Menteri akan melakukan perjumpaan bersama TYT (Tun Salahuddin) yang sememangnya amalan biasa dan semuanya adalah normal,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat kabinet di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Mengulas mengenai mesyuarat kabinet yang diadakan, Awang Tengah yang enggan mengulas lanjut berkata, ia hanya berkaitan kerajaan memandangkan ia mesyuarat kabinet biasa.
“Kita membincangkan perkara biasa berkaitan kerajaan, kenapa harus ia dilihat sebagai mesyuarat yang terakhir? Anda (pemberita) tunggu sahaja pengumuman,” tegasnya.
Ditanya mengenai jadual seterusnya mesyuarat cabinet yang akan datang, Awang Tengah berkata: “Tidak, kami tiada jadual yang tetap untuk itu (mesyuarat kabinet).”
Perkara itu disokong oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg bahawa pertemuan Taib dengan Tun Salahuddin adalah pertemuan biasa seperti yang dilakukan setiap bulan sebelum mesyuarat.
“Ya, ia perkara normal seperti setiap bulan kerana selepas memberi taklimat kepada TYT, kemudian mesyuarat kabinet.. itu sahaja, tidak ada apa-apa,” katanya.
Jelasnya, berhubung mesyuarat kabinet, ia dijalankan mengikut jadual seperti pada kebiasaannya sebelum ini.
Terdahulu, Taib yang meninggalkan Wisma Bapa Malaysia dengan segera semalam enggan membuat sebarang ulasan ketika ditemui pemberita.
Abang Johari berkata: “Beliau (Taib) ada mesyuarat lain iaitu bersama Badan Amal Kebajikan dan Tenaga Isteri-isteri Menteri Sarawak (SABATI) di kediamannya.”
Sementara itu, kedua-dua menteri kabinet itu turut menafikan spekulasi bahawa Taib akan berundur selepas pilihan raya negeri akan datang.
Sebaliknya, kedua-duanya menyatakan mereka tidak tahu mengenai spekulasi pengunduran pengerusi BN negeri itu.
“Di mana anda (pemberita) mendengar cerita itu? Tiadalah,” tegas Abang Johari.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!