Selamat Bersara Yang Berhormat! Jasa Mu Tetap Di Kenang!!
Namun beliau diminta jadi pelatih kepada calon baru PBB.
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen semalam mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya negeri pada tahun ini.
Walaupun begitu beliau memberitahu berundur daripada pilihan raya negeri tidak bermakna beliau meninggalkan dunia politik sebaliknya masih mahu terus berkhidmat dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
"Ya, saya tidak akan bertanding tetapi ia bukan bermakna saya akan bersara (daripada politik) kerana tugas saya untuk membawa pembangunan ke kawasan ini masih belum selesai dan saya akan meneruskannya demi meningkatkan taraf hidup masyarakat di sini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pendidikan Gerak Bumi yang diadakan dengan kerjasama Sekolah vokasional, sekolah menengah dan sekolah rendah di Kawasan Demak Laut semalam.
Sementara itu Dr Rauf yang juga Menteri Muda Pembangunan Perindustrian memberitahu bahawa Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah meminta beliau untuk terlibat dalam melatih calon baru di dalam parti. Menurut Dr Rauf, tujuan pembabitan beliau itu adalah untuk bersama-sama dalam melatih muka baru atau 'YB Muda' di dalam parti."Orang lama perlu diganti, kerana kami tidak mahu seperti parti lain di mana orang yang sudah lama tidak mahu memberi peluang kepada generasi baru," katanya. Rauf memberitahu, walaupun generasi baru ini amat penting untuk parti pada masa hadapan, pemimpin lama masih diperlukan untuk memastikan pergerakkan parti berjalan dengan lancar. Dalam masa sama, Rauf juga memberitahu pembentukan dan latihan akan dijalankan oleh parti.
"Hanya calon yang boleh menang sahaja akan mendapat restu daripada Ketua Menteri untuk bertanding. Ini adalah sangat penting untuk parti, saya melihat banyak kes yang terjadi sebelum hari penamaan calon di mana poster calon sudah dicetak namun kemudian kita melihat calon yang dipertandingkan adalah calon yang bukan boleh menang."
Disebabkan itu kita diminta untuk membentuk calon bagi membolehkan mereka layak untuk terus mencipta kejayaan jangka masa perjuang bagi parti," katanya lagi .sumber dari : Utusan Borneo
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!