Ripin mula dilantik sebagai mata dan telinga Ketua Menteri sejak 2009. Pehin Sri Taib pastinya telah memilih setiausaha politik yang tepat kerana mempunyai wawasan sejajar dengan agenda Politik Pembangunan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Ripin berupaya dicalonkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri kelak apabila 'senior-seniornya' di kawasan tersebut berundur.
-SPY JEBON
Aidan Sahkan Tidak Akan Bertanding Di Lambir
MIRI, 2 April (Bernama) -- Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir untuk tiga penggal Datuk Aidan Wing pada Sabtu mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.
Aidan, 57, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata pengundurannya itu sebagai memberi laluan kepada muka baru untuk mempertahankan kerusi DUN Lambir yang selama ini merupakan antara kubu kuat Barisan Nasional (BN).
"Saya ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah banyak memberikan sokongan kepada saya dan tidak lupa juga kepada seluruh rakyat dan pengundi di Lambir," katanya pada sidang akhbar di Hornbill Skyways Miri di sini.
Pada pilihan raya negeri 2006, Aidan yang bertanding atas tiket BN menang dengan majoriti 2,834 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saji Samat. Beliau telah menjadi wakil rakyat Lambir selama tiga penggal dari tahun 1996.
Aidan yang kelihatan sugul pada sidang akhbar itu bagaimanapun berkata beliau masih lagi memegang jawatan MT dan Ketua Cawangan PBB Lambir dan akan melepaskan jawatan itu pada Konvensyen PBB akan datang (2013).
Ketika ditanya siapa muka baru yang akan bertanding di Lambir atas tiket BN, Aidan berkata: "Itu terserah kepada pimpinan tertinggi parti...esok Ketua Menteri akan umumkan."
Anggota Parlimen Sibuti Ahmad Lai yang turut hadir pada sidang akhbar juga enggan memberi sebarang komen dan hanya berkata: "Tunggulah esok."
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!