Keluarga makhluk asing dicari sempena Hari Astronomi 2011
Posted on May 17, 2011, Tuesday
KUCHING: Keluarga makhluk asing akan berkeliaran di Planetarium Sultan Iskandar Sarawak pada 28 Mei ini sempena Hari Astronomi 2011.
Keluarga makhluk asing yang dimaksudkan itu adalah bagi pertandingan menyerupai makhluk asing yang merupakan antara pertandingan bakal diadakan semasa sambutan itu nanti.
Sambutan Hari Astronomi 2011 adalah acara tahunan yang merupakan hari terbuka kepada planetarium di seluruh dunia.
Tema sambutan itu bagi tahun ini akan menekankan aspek persahabatan, ikatan kekeluargaan dan pelbagai kaum berlatarkan astronomi.
Dalam sambutan tersebut, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk tayangan terbuka, pameran, ceramah dan sebagainya untuk mendidik orang ramai tentang aktiviti di planetarium.
“Bagi Planetarium Sultan Iskandar yang merupakan sebahagian daripada agensi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), sambutan ini akan diraikan bersama-sama Persatuan Astronomi Sarawak,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
Tambahnya, antara aktiviti yang bakal diadakan ialah pertandingan mencari keluarga makhluk asing, astro hunt, paper plane, mewarna, melukis, astronomi bertuah, astro dart, cabaran Mars Ro-ver, sesi interaktif astronomi dan sains angkasa seperti roket air pelbagai peringkat dan banyak lagi.
Di samping itu, pebagai pameran turut akan diadakan sempena sambutan tersebut.
Hadiah utama seperti teleskop astronomi, binocular, hadiah-hadiah serta tiket tayangan percuma selama setahun.
Majlis itu dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak Soedirman Aini.
Orang ramai dijemput hadir ke sambutan Hari Astronomi ini yang bakal berlangsung pada 28 Mei ini sekitar 8.30 pagi sehingga 2 petang.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!