Penggodam atau hackers yang menggelar diri mereka 'AnonymoUs' rupa-rupanya orang Malaysia 'tanpa nama'? ItuLah kenyataan yang dikeluarkan oleh MOSTI pada petang tadi.
Sekiranya benar mereka ini orang Malaysia, tidak mustahil mereka ini mempunyai niaT untuk menjadi wiRa alam maya atau sebaliknya? Beberapa aktiviti untuk menggodam laman web telah dianjurkan oleh kerajaan dan juga berkanun sebelum ini. Tidak mungkin fingerprint mereka ini semua serupa? Sekiranya Tanpa Nama ini mempunyai teknologi spoof ip tahap dewa mungkinkah mereka ini bertopengkan orang atau alamat ip di Malaysia?
CIA dan FBI pernah digodam oleh orang Jerman yang menetap di rumah tumpangan di dalam Amerika Syarikat sendiri? Bolehkah kita mempercayai kepakaran yang sedia ada pada MOSTI sekarang ini?
Ada juga Suara sumbang yang menyatakan bahawa penggodam ini Anti Kerajaan BN, padahal mereka yakni penggodam tidak menghormati mana-mana kerajaan. Mereka hanya memperjUangkan kebebasan menggunakan internet. Tapi jangan bimbang selagi ada kemahUan di situ ada jalan!!!
Kita telah dianugerahkan akal untuk berfikir, kepakaRan untuk bertindak. Pancaindera yang tajam untuk mendapat ilham dan Firasat. Gunakanlah ALAT ini untuk menjangkau batas-batas yang dikenakan!!!
Antara Anonymous dan LulzSec yang mana paling digeruni setakat ini?
90 Peratus Penggodam Laman Web Kerajaan Dan Swasta Dilakukan Orang Tempatan
17 Jun, 2011 18:39 PM
PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Sembilan puluh peratus serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta sejak empat hari lepas, dilakukan orang tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata polis dan agensi berkaitan kini dalam proses mengenal pasti semua penggodam.
"Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini Jumaat.
Ongkili diminta mengulas insiden menggodam beberapa laman web di negara ini serta mengancam portal rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my. oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Anonymous' dan mendakwa berpangkalan di luar negara.
Beliau juga meminta rakyat Malaysia menggunakan Internet secara profesional untuk pendidikan dan pembangunan negara.
"Ini kerana anda tidak boleh pergi jauh apabila melakukan jenayah siber dalam ruang siber itu sendiri," katanya yang tidak mahu mengesahkan sama ada kabinet telah memutuskan penubuhan satu pasukan khas bagi mengatasi masalah tersebut.
-- BERNAMA
2 ulasan:
Pekerja MOSTI mestinya bangang sebab tak dapat halang penggodam dari menggodam laman-laman web kerajaan tu.
Olehkerana penggodam termasuk di dalam kategori mengancam keselamatan negara maka adalah amat wajar mereka yang terlibat dimasukkan terus ke dalam Tahanan ISA tanpa banyak bicara....tutup cerita...baru padan muka !!!!asyik nak menyusahkan orang aje....banyak kerja lain yang boleh mereka buat !!!!
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!