Bukan blogger sahaja yang perlu meminta maaf tetapi semua facebookers Pakatan Haprak, tidak kurang jugak cyber troopers twitter!!??
Blogger Disaran Ikut Langkah Kompas - Rais
22 Ogos, 2011 22:18 PM
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Semua blogger disaran mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan 4 Ogos lepas.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata blogger atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.
"Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada blogger atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas.
"Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidil Fitri kepada 100 anak yatim, ibu tunggal dan penggiat seni di sini.
Pada majlis itu juga, Rais dan isteri Datin Seri Maznah Rais turut berbuka puasa bersama warga kerja kementerian serta menunaikan solat tarawih berjemaah di Masjid Muhammadiah, Angkasapuri.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!