Adakah sistem pilihanraya akan menuruti permintaan Bersih? Ini mungkin termasuk siri jelajah dan pendengaran awam bagi memenuhi kehendak badan bukan kerajaan!!?? Sekiranya Bershit masih tidak berpuas hati maka sebuah jawatankuasa untuk memastikan rakyat boleh dibuang negara haruslah dikaji seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat!!??
Senarai Anggota Jawatankuasa Terpilih Parlimen Dijangka Diumum 3 Okt
22 Ogos, 2011 20:22 PM
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Senarai anggota Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya dijangka diumum 3 Okt depan apabila usul penubuhan jawatankuasa itu dibentang di Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata jawatankuasa itu dijangka diberi tempoh enam bulan untuk mengesyorkan penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.
Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyediakan memorandum berhubung penubuhan jawatankuasa itu, yang mengandungi rangka kerjanya, untuk dikemukakan kepada jemaah Menteri pada 7 Sept.
Rangka kerja itu, antara lain, akan menetapkan sembilan anggota jawatankuasa selain mengambil kira perkara yang dibangkitkan pertubuhan bukan kerajaan sebelum ini, katanya kepada pemberita selepas berbincang dengan SPR mengenai rangka kerja jawatankuasa itu di bangunan Parlimen.
Nazri berkata kandungan memorandum yang disediakan SPR itu juga akan dimaklumkan kepada pembangkang.
Beliau berkata selepas dipersetujui Kabinet, memorandum itu akan dimaklumkan kepada Parlimen menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkannya, menteri yang bertanggungjawab akan buat usul," katanya sambil menambah hanya selepas jawatankuasa itu dibentuk, siri jelajah serta pendengaran awam diadakan.
"Ketika itu, kami akan mendengar semua cadangan dari pelbagai lapisan masyarakat," katanya.
Pda 15 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan cadangan penubuhan jawatankuasa itu, yang akan dianggotai wakil kerajaan dan juga pembangkang serta wakil bebas.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!