Posted on Utusan Borneo August 9, 2011, Tuesday
Perhimpunan Sabtu ini tidak lebih daripada itu, MoCS juga mudah ubah pendirian demi capai hasrat
KUCHING: Gerakan Mengubah Sarawak (MoCS) hanya mahu mencari publisiti murahan melalui rancangan mereka mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kata Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah semalam.
Ditanya mengenai keputusan MoCS untuk mengadakan perhimpunan yang lebih sederhana, Karim berkata ini menunjukkan MoCS merupakan kumpulan politik yang keliru dan mudah mengubah pendirian demi mencapai hasrat mereka.
“Lebih baik MoCS menetapkan pendirian mereka mengenai apa yang mereka inginkan, mula-mula mereka menuntut agar Ketua Menteri meletak jawatan menjelang 13 Ogos, jika tidak mereka akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kuching sama seperti demonstrasi di Tunisia atau Mesir.
“Sekarang selepas perhimpunan BERSIH 2.0 di KL dan pilihan raya negeri yang menyaksikan Barisan Nasional memenangi 3/4 kerusi, mereka mengubah slogan dan tema mereka.
“Lebih baik mereka menutup mulut dan membiarkan BN mentadbir negeri Sarawak bersama wakil pembangkang daripada DAP dan PKR sekarang yang memainkan peranan mereka sebagai ahli-ahli pembangkang bertanggungjawab,” katanya.
Semalam Ketua MoCS Francis Siah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebut ia akan mengubah perhimpunannya menjadi perhimpunan tidak bergerak, tanpa sebarang perarakan.
Siah juga berkata, perhimpunan itu akan dipanggil ‘Walk for Democracy and Reform’ dan bukan perhimpunan anti-Taib Mahmud supaya tidak kelihatan bersifat konfrontasi dan lebih bertamadun sempena bulan Ramadan.
Beliau menambah, MoCS juga bersetuju untuk berhimpun di pekarangan muzium.
Sehubungan itu, Karim yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN berkata perhimpunan itu tidak perlu diteruskan oleh Siah dan seorang lagi penyokong kuat MoCS Datuk Salleh Jafaruddin.
“Jika Siah atau Salleh berminat, bertandinglah sahaja dalam pilihan raya akan datang.
“Tidak perlu berhimpun, menunjuk perasaan atau mencari publisiti murahan atau mengganggu orang awam,” kata Karim.
1 ulasan:
i am deathly agree n support that taib mamut should stepping down as a CM..but for MoCS, Siah n Salleh,here my middle finger fo u!!dun bring malaya political culture to sarawak by organizing illegal bershit wannabe..shame on u..
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!