Posted on August 27, 2011, Saturday
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta menteri-menteri kabinet negeri akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011 pada hari raya pertama dan kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.
Pada hari pertama, ia akan bermula jam 11 pagi hingga 5 petang dan dari 10 pagi hingga 3 petang pada hari raya kedua.
Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Norkiah akan turut bersama Ketua Menteri serta isteri menyertai pelbagai lapisan masyarakat untuk meraikan Aidilfitri pada hari kedua.
Selain dendangan muzik kontemporari, para pengunjung akan dihiburkan dengan muzik dan irama tradisional serta pelbagai persembahan oleh artis-artis tempatan.
Dua bas dengan tanda ‘Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 BCCK’ akan disediakan untuk tujuan pengangkutan orang ramai ke BCCK dari Kompleks Letak Kereta Saujana, Jalan Masjid pada jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari pertama dan 9 pagi hingga 3 petang pada hari kedua.
Para pengunjung ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011 juga dinasihati agar berpakaian kemas dan sopan.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!