Isnin, 3 Oktober 2011
Anwar Pembulak Lagi di Satok!!???
Posted by Unknown
10:40 PTG, under Abang Johari,Anwar Pembulak,Azmin Ali,DUN N8 Satok,Fitnah,PKR | No comments
Terdapat ura-ura yang menyatakan Anwar Pembulak tengah mengatur percaturan baru politik di Sarawak?? Kononnya Anwar Pembulak akan membawa Abang Johari menyusup ke dalam PKR melalui Azmin Ali??!!
Hahaha memang lucu cerita ini memandangkan semua penduduk di Sarawak tahu bahawa Abang Johari bukan seorang yang pantang dicabar, malah beliau juga bukan seorang yang akan berpaling tadah daripada perjuangan asal beliau iaitu PBB dan BN. Seorang yang bersih dari segala tohmahan dan memang sesuai digelar idola Satok Lestari!!
Sesiapa yang memainkan isu sedemikian memang lupa dan cetek sejarah politik di Sarawak!!?? Tidak mungkin anak bekas Gabenor pertama di Sarawak akan menconteng arang di muka kemerdekaan!! Sungguh pun perjuangan beliau masih belum lagi selesai, namun beliau tidak akan bergelumang dosa dengan parti kelam-kabut rakyat itu!!!
AnwarPembulak yang semakin tertekan dengan helaian buku politik beliau yang kian tipis kini ditimpa lagi dengan isu hudud dan boneka China di Thailand!!?? Sekiranya pada pendapat beliau dengan memainkan isu politik di Sarawak ini akan dapat melarikan fokus terhadap kes mahkamah beliau dan juga kekalutan pakatan haram buat seketika?? Memang terbukti salah perhitungan beliau kali ini!!!
Sedarlah wahai orang upahan mahupun suruhan Anwar, bahawa politik di Sarawak sudah lama menolak politik kotor PKR dan pakatan haram!!! Hanya yang lupa sejarah dan buta huruf yang akan mengundi PAS menjelang PRU -13 kelak!!! Jangan harapkan undi untuk PAS kerana selagi Hadi Awang tidak meminta maaf di Sarawak selagi itulah PAS tiada sokongan daripada manusia normal. Tetapi sedarlah bahawa rakyat Sarawak pandai membaca malah lebih baik markah IELTS atau TOEFL kami berbanding pakatan haram!!!
Fitnah-memfitnah memang budaya politik kotor pakatan haram sejak 2008 dahulu, namun semua ini adalah tidak sesuai dengan politik Sarawak yang masih matang dan bersih dari segala keraguan!!!
Politik wang tidak laku di Sarawak!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!