Semasa PRN Sarawak dahulu terdapat Agen Haram SPR dari PKR yang ditangkap oleh YB Datuk Fadillah Yusuff kerana tidak menggunakan tag nama rasmi SPR?!! Agen Haram PKR ini bertindak dengan menjawab YB dengan kasar sehingga orang awam disekeliling naik angin mahu mengerjakan agen haram PKR ini!!??
Beginilah yang dimaksudkan oleh Pisau. Sekiranya Mat Saleh mempertikaikan Sultan Melayu mungkin kita akan naik angin dan benci dengan Mat Saleh tersebut, begitulah juga halnya dengan Aziz Bari yang mempertikaikan Sultan Selangor. Sultan adalah ketua tertinggi orang Melayu dan mempunyai daulatnya. Siapakah orang biasa yang hendak mempertikaikan kuasa Sultan!!?? Dalam isu murtad memang Sultan akan murka sekiranya rakyat baginda didapati murtad?!! Inilah sebenarnya yang patut dilihat dan bukannya perspektif kebebasan bersuara?!!
Apa akan jadi sekiranya orang Melayu berani mempersoalkan Sultan, tiadalah budaya timur yang menghormati pemimpinnya lagi?!! Adakah murtad akan didewakan oleh siswa yang sedang dimanipulasikan oleh pihak pembangkang?!!!
Tepuk dada tanyalah selera.. jangan ikutkan hati muda berdarah panas... ingatlah Allah dan jangan lupa perjuangan!!!??
Siswa Pertahankan Murtad dan Aziz Bari Menghina Sultan
by pisau on 25.10.11
Aziz Bari yang mengunakan khidmat peguam hanya untuk menjawab tuduhan beliau digantung dan telah dibebaskan. Menariknya jawapan beliau lebih kepada kebebasan bersuara artikel 10 perlembagaan. Beliau berasakan dengan mengunakan dalil itu beliau boleh memperlekeh dan mempertikaikan kuasa sultan Selangor mengenai hal agama Islam.
Kita boleh lihat Aziz Bari memberi jawapan yang melencong dari isu yang sebenar. Isu yang perlu ditekankan adalah beliau telah menghina sultan,bukannya kebebasan bersuara seperti yang dilakukan oleh Aziz Bari.Adakah dengan menggunakan artikel 10 perlembagaan kita bebas memperkatakan apa saja hingga boleh menghina Insitusi Raja berpelembangaan?
Pisau melihat ia lebih dipolitikkan untuk kepentingan pembangkang yang mahu mempertahankan tindakan evengelis yang menganjurkan majlis meraikan umat Islam yang murtad.
Kehadiran Menteri Dalam Negeri Ds Hishamudin menggantikan PM Ds Najib yang dijadualkan menghadiri ke majlis pengkebumian Putra Mahkota Arab Saudi tidak menghalang daripada gerembolan dari SMM bersama pelajar luar dari UIA seperti PMIUM,Unisel serta persatuan akedemi UIA untuk terus berkumpul di Masjid Ar Rahima,Pintu Masuk UIA dan di surau UIA. Mereka bagaikan menggila mempertahankan tindakan Aziz Bari menghina Sultan Selangor dan mahu menyerahkan memorandum kepada PM agar masuk campur didalam kes pengantungan Aziz Bari.
1 ulasan:
Dalam keadaan apa sekalipun tidak wajar seorang terpelajar dan mempunyai kedudukan menegur Paduka Tuanku secara terbuka. Aziz Bahri boleh menggunakan saluran-saluran tertentu seperti menulis terus/mohon mengadap kepada Paduka Tuanku, menggunakan wakil-wakil rakyat yang dipilih (atau sememangnya beliau sendiri tidak mengundi?) dan berbagai-bagai lagi saluran yang berhemah. Pakar perlembagaan yang tidak tahu adab perlembagaan itu sendiri? Macam mana dia mengajar kalau dia juga boleh diselar sebagai Kurang Ajar oleh TDM?
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!