Populariti DS Najib tenggelamkan Pakatan..
5 Nov 2011 myKMU.net by Che Wan
Pihak Pakatan semakin tertekan dengan populariti yang diraih oleh Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak. Sudah terbukti bahawa DS Najib menjadi contoh antara pemimpin terbaik yang pernah wujud di negara ini. Dari segi perancangan dan strateginya sahaja sudah menampakkan keikhlasan beliau untuk berbakti kepada rakyat.
Walaupun pemimpin-pemimpin serta penyokong Pakatan berusaha keras untuk mempersoalkan kebolehan beliau menerajui negara, Perdana Menteri tetap cekal serta tabah menghadapi semua tohmahan tersebut. Tak kurangnya juga dengan kritikan sumbang yang diterima dari dalam Barisan Nasional sendiri.
Semua cabaran ini ditangani dengan sangat baik demi untuk membaiki persepsi rakyat dan juga mengukuhkan kembali jentera BN yang agak goyah selepas PRU 12 lalu akibat dari kecuaian pemimpin terdahulu.
Rakyat kini telah melihat sendiri bagaimana pemimpin baru negara ini menangani segala kekurangan kerajaan yang ditimbulkan oleh pembangkang. Rakyat juga melihat bagaimana pemimpin kerajaan berkerjasama dibawah kepimpinan DS Najib demi untuk mencapai wawasan yang digariskan oleh Tun Mahathir.
Dan hasilnya, rakyat yang pada satu ketika menjauhi kerajaan, kini kembali menaruh kepercayaan mereka dan mengamanahkan kesetiaan ke bahu DS Najib. Inilah aura kepimpinan yang merupakan x faktor bagi negara kembali ke zaman kegemilangannya seperti yang pernah dikecapi sewaktu era Tun Mahathir.
DS Najib bijak memanipulasi perkembangan semasa dan juga amat peka terhadap kepentingan generasi muda. Buktinya, beliau tanpa segan silu untuk turun padang bagi bersama-sama rakyat dan juga merendahkan ego beliau bagi mendekati kumpulan anak-anak muda yang bergiat aktif didalam ruangan maya.
Disaat maklumat boleh diperolehi dengan mudah dihujung jari, pemimpin nombor satu negara ini dengan begitu cekap menjadikan teknologi multimedia sebagai medium utama beliau. Bayangkanlah, ketelusan yang diberikan oleh Perdana Menteri pasti tak dapat ditandingi oleh mana-mana pemimpin didalam negara.
Perdana Menteri seolah-olah sedia maklum mengenai kecenderungan anak muda yang lebih terarah kepada media sosial. Oleh itu, beliau menggunakan secara total laman Twitter serta Facebook bagi berbincang mengenai banyak perkara termasuklah dasar-dasar kerajaan tanpa ada sebarang tapisan.
Inilah kelebihan DS Najib yang amat payah dicari dimana-mana. Strategi beliau yang mengutamakan prestasi serta pencapaian, telah berjaya membuatkan ramai dikalangan lawan beliau didalam Pakatan kehilangan kata-kata. Sebab itulah kini dilihat pembangkang termasuklah Ketua Umum mereka hanya menumpukan kepada isteri Perdana Menteri sebagai modal politik.
Namun begitu, kerakusan pemimpin-pemimpin pembangkang menghentam wanita pertama negara ini tak menjadi kudis kepada negara. Bahkan, ianya bertukar menjadi duri kepada mereka sendiri apabila semua tohmahan dapat dijawab dengan baik oleh jentera kerajaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!