Billy umum peruntukan RM200,000 kepada 18 rumah panjang
Posted on December 15, 2011, Thursday
KAPIT: Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk 18 rumah panjang yang terletak di Sungai Oyan, termasuk RM21,000 untuk JKKK Rumah Baya dan RM2,000 untuk Biro Wanita Rumah Baya, Sungai Oyan Baleh di sini.
Beliau berkata, geran MRP ini adalah untuk tabung JKKK setiap rumah panjang terbabit dan boleh digunakan bagi membaiki rumah panjang masing-masing mahupun membaiki sebarang kerosakan dari segi kemudahan di rumah panjang terbabit.
“Saya berharap semua tuai rumah dapat menggunakan geran MRP ini dengan sebaiknya untuk kebaikan semua penduduk di rumah panjang.
“Sekiranya terdapat kerosakan jambatan, paip air, ataupun generator, gunakanlah duit dalam tabung JKKK ini untuk membaikinya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Rumah Baya, Sungai Oyan, Baleh, di sini baru-baru ini.
Hadir sama Pegawai-pegawai Jabatan JASA Alberto Mcqueen Nudong, Jimmy Ribut dan Kanchin Manggom, wakil Jabatan Imigresen Mathew Jamba dan Freddie Isau, Pegawai RELA Kapit Hendry Goh, wakil Jabatan Tenaga Kerja Kapit Manat, Pemanca Tony Kuleh, Pemanca David Dian dan Ketua Pemuda PBB Cawangan Baleh Budit Patan.
Dalam pada itu, tuai-tuai rumah di kawasan itu turut menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
Mereka bersepakat memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang akan bertanding mewakili BN dalam pilihan raya akan datang namun berharap agar pucuk pimpinan mengekal-kan Datuk Billy Abit Joo sebagai calon.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!