Wong: Chin pernah tutur kata-kata yang tak patut
Utusan Borneo 3 Dec 2011, Sabtu
Calon Presiden SUPP dakwa simpan CD sebagai bukti
BUKTI: Wong menunjukkan CD yang didakwa mengandungi ceramah Peter Chin. Turut kelihatan, pemimpin SUPP yang lain, (dari kiri) Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Lee Kim Shin dan Dr Jerip Susil.
KUCHING: Setiausaha Kerja SUPP Datuk Seri Peter Chin didakwa pernah menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang menteri.
Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata, beliau ada menyimpan cakera padat (CD) yang mengandungi ceramah Peter Chin sebagai bukti.
Bagaimanapun, kandungan CD tersebut tidak akan didedahkan kepada sesiapa dan cuma untuk simpanan peribadinya.
“Saya hanya mahu menunjukkan sahaja CD ini tetapi tidak akan mendedahkan isi kandungan kerana ia berkaitan dengan isu yang tidak sepatutnya disebut oleh seorang menteri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua merupakan pesaing Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dalam perebutan jawatan Presiden SUPP pada Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TDC) 9 hingga 11 Disember ini. Jawatan itu akan dikosongkan oleh Pres iden
Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan susulan prestasi parti tersebut yang semakin buruk pada Pilihan Raya Negeri ke-10, April lepas.
Wong berkata lagi, beliau tidak mempunyai motif buruk terhadap kumpulan pimpinan Peter, malah inginkan persaingan yang adil dan saksama ketika pemilihan parti kelak.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!