Kumpulan Lima Tidak Berhak Namakan Calon Kerusi Mas Gading - Mawan
KUCHING, 13 April (Bernama) -- Lima orang bekas pemimpin Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), juga dikenali Kumpulan Lima (G5), tidak mempunyai hak menamakan calon mereka bagi kerusi Parlimen Mas Gading pada pilihan raya umum akan datang, kata Presiden SPDP Tan Sri William Mawan pada Jumaat.
Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial negeri, berkata adalah tidak logik bagi kelima-lima mereka termasuk anggota Parlimen sekarang, Datuk Dr Tiki Lafe untuk mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional, tetapi secara implikasi, mahu meletakkan calon mereka.
"Mereka tidak mempunyai 'locus standi' (untuk mencalonkan) kerana mereka bukanlah parti politik," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pemberian bantuan kepada beberapa persatuan termasuk Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), di sini.
Mawan, yang telah menyenaraikan dua calon berpotensi sebagai 'calon parti' diminta mengulas kenyataan dibuat baru-baru ini oleh bekas naib presiden SPDP Datuk Sylvester Entri bahawa Tiki adalah 'calon rakyat' dan kerana itu sepatutnya mempertahankan kerusi berkenaan.- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!