Berdebat dengan pembangkang tidak mendatangkan faedah!!! Lihatlah debat Guan Eng dan Chua Soi Lek. Guan Eng menggunakan kesempatan itu untuk menyerang orang lain. Hanya itulah sahaja masa yang Guan Eng dapat gunakan untuk menyerang kerajaan BN baik pemimpin, penyokong, ahli keluarga dan dasar kerajaan!
Guan Eng lidah bercabang tidak akan menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan seolah-olah dia itu pekak dan tidak faham bahasa? Inilah taktik pembangkang! Mereka semua sudah diajar untuk lari daripada nilai-nilai murni. Janji jangan harap untuk dikota, rasuah berleluasa antara kroni dan tidak mustahil kelak akan ada manifesto yang tidak menyembah tuhan atau menghormati agama?
Jangan haraplah BN akan menerima sebarang tawaran pihak pembangkang untuk berdebat dengan cara intelek kerana pihak pembangkang cuma menggunakan ruang debat untuk mengutuk orang lain umpama lidah bercabang Guan Eng!! Rugilah memilih Guan Eng sebagai Ketua Menteri! Jelas sekali dia bukanlah calon yang layak? Hanya kerana dia anak Lim Kit Siang!! Siapa Lim Kit Siang? Bapa perusuh 13 Mei!!?
Chua Tidak Mahu Lagi Debat Dengan Lim Kerana Hanya Bazir Masa
Oleh LOH FOON FONG dan NICHOLAS CHENG
mStar Online 10 Julai 2012
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau tidak mahu lagi berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dr Chua berkata, majlis presiden MCA pada Selasa memutuskan bahawa beliau tidak perlu berdebat lagi dengan Lim kerana menyifatkan tindakan itu hanya membazir masa.
“Lim Guan Eng hanya menggunakan debat untuk menyerang orang lain kecuali Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan tidak menyertai debat yang sihat,” kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat presiden MCA di sini.
Dr Chua berkata, Lim menggunakan debat sebagai platform untuk mengutuk hujah orang lain dan tidak menjawab sebarang soalan yang ditujukan kepadanya.
“Saya turut bersetuju dengan rakan-rakan saya bahawa saya tidak akan menerima sebarang debat daripada beliau,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!