Anak-anak yatim berasa teruja apabila dijemput untuk berbuka puasa bersama dengan Ketua Menteri Sarawak. Mereka juga menerima duit raya sebelum majlis makan malam daripada Ketua Menteri bersama dengan isteri Puan Sri Ragad Taib.
Mereka juga berpeluang untuk melihat Pengerusi SEDC menyerahkan zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak sambil disaksikan oleh wakil rakyat yang lain.
177 anak yatim berbuka puasa dengan KM
Utusan Borneo 29 Julai 2012, Sunday
KUCHING: Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah seramai 177 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Laila Taib apabila berpeluang berbuka puasa bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.
Anak-anak yatim berkenaan juga menerima duit raya masing-masing yang diberikan Taib dan Ragad sebelum meneruskan makan malam.
Selain berbuka puasa, anak-anak yatim dan para tetamu turut menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih.
Pada majlis sama, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datuk Talib Zulpilip menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM252,885.94 kepada Taib yang mewakili Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
Hadir sama Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman serta beberapa tetamu kehormat yang lain.
Menurut kenyataan SEDC, majlis berkenaan diadakan setiap tahun sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hotel Grand Margherita dan Hotel Riverside serta usaha SEDC untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
Sejak lima tahun lepas, katanya, SEDC tidak pernah gagal daripada menganjurkan majlis berkenaan bagi meraikan anak-anak yatim.
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!