Wan Junaidi sudah menyatakan bahawa beliau akan terus kekal bersama PBB dan BN! Beliau mengaku pernah didekati oleh golongan Al Juburi ini, namun hati beliau tidak pernah terbuka untuk menyertai golongan pembangkang.
Beliau juga memetik peristiwa Ming Court di mana PERMAS ditubuhkan dan dianggotai oleh Wan dan Tuanku, namun kesetiaan beliau pada waktu itu masih setia dengan Barisan Nasional dan juga PBB. Mungkin inilah disiplin anggota polis yang cekap dan amanah yang sentiasa terisi dalam modal insan beliau.
Wan Junaidi tidak percaya dengan ideologi dan fahaman politik pembangkang, mana mungkin beliau akan melompat parti ke sebelah?
Setakat ini 2 daripada 14 MP BN Sarawak sudah menyatakan hasrat sebenar mereka dengan terbuka? Adakah kita menerima mereka seadanya atau perang persepsi Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi?
Wan Junaidi ikrar akan terus setia pada BN dan PBB
Utusan Borneo 14 Ogos 2012, Selasa
KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berikrar untuk terus setia dengan Barisan Nasional (BN) dan parti diwakilinya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Beliau berkata, tindakan keluar parti memang tidak terkandung dalam ‘kamus’ hidupnya kerana kesetiaan hanya tertumpu kepada parti pemerintah semata-mata.
“Saya ini memang selalu menjadi sasaran, tahun 2008 pun saya merupakan salah seorang yang akan berpindah namun sehingga hari ini saya masih kekal bersama BN dan PBB.
“Kalau dilihat dari sejarah politik saya, pada tahun 1987 dulu di mana banyak keluarga ‘Wan’ dan ‘Tuanku’ berpindah menubuhkan PERMAS tetapi saya tetap bersama PBB,” katanya kepada pemberita semasa Program Sejambak Kasih di sini, semalam.
Wan Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan dalam Internet bahawa beliau merupakan Ahli Parlimen BN terbaharu yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah, menurutnya, sebelum ini terdapat pihak tertentu dalam PKR mendekatinya untuk menyertai parti pembangkang itu bagi merealisasikan impian menubuhkan kerajaan pada 16 September.
“Memang saya ada didekati mereka untuk berpindah namun hati dan perjuangan saya tetap bersama BN dan PBB,” ujarnya.
Wan Junaidi yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menjelaskan, meskipun kerap mengeluarkan kenyataan agak keterlaluan, namun kesetiaannya terhadap parti pemerintah tidak pernah luntur.
“Saya jenis orang yang setia dengan parti. Saya memang selalu bercakap apa sahaja dan mungkin keterlaluan tetapi ia adalah untuk keperluan masyarakat,” jelasnya.
Beliau menambah, tindakan PKR menyiarkan beberapa nama Ahli Parlimen BN yang kononnya akan keluar parti dalam Internet adalah taktik untuk memecah belah.
“Mereka (pembangkang) hanya hendak memecah belah. Namun, apa yang mereka lakukan ini tidak menggugat pendirian saya.
“Saya tidak percaya dengan perjuangan mereka,” kata Wan Junaidi.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!