Naib Presiden PBB memberitahu bahawa bukan memjadi ciri perwakilan PBB untuk melompat parti. Ini kerana perwakilan PBB dipilih berdasarkan kesetiaan paling tinggi kepada parti.
Ini menyebabkan perwakilan PBB memiliki kesetiaan yang tidak mudah goyang terhadap parti.
Perwakilan PBB dipilih melalui proses yang paling terperinci untuk mengelak daripada lompat parti dan ini telah diamalkan sejak di peringkat akar umbi lagi.
Jangan ingat kesetiaan perwakilan PBB mudah ditukar dengan apa juga benda dan harta kekayaan sekalipun kerana mereka ini memiliki kesetiaan yang tidak ternilai!!
Usahlah membuang masa untuk membeli perwakilan PBB kerana itu adalah kerja yang sia-sia!
Lompat parti bukan ciri PBB
by Patricia Gari. Utusan Borneo 16 Ogos 2012, Khamis
Semua ahli amat setia, isu dimainkan pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat
KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, isu lompat parti tidak wujud dalam parti itu kerana semua ahlinya amat setia kepada parti.
“Meninggalkan parti dan menyertai pembangkang semata-mata untuk kepentingan peribadi bukan budaya dalam PBB. Saya yakin semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) dari PBB akan kekal setia bersama PBB.
“Isu ahli atau perwakilan PBB lompat parti hanya ke-rana tidak dipilih untuk ber-tanding semula tidak berlaku. Ini bukan konsep dalam PBB… Secara umumnya kita tidak melihat banyak isu lompat parti berlaku di Sarawak,” katanya kepada pemberita semalam apabila diminta mengulas isu kemungkinan perwakilan PBB keluar parti yang dibangkitkan pihak tertentu baru-baru ini.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis penyerahan zakat perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) sebanyak RM221,453 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), semalam.
Penyerahan zakat perniagaan itu dilakukan oleh Pengerusi PUSAKA yang juga Men-teri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mewakili TBS pada satu majlis ringkas di Pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, di sini.
Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) berkata, isu yang digembar-gemburkan oleh pembangkang itu hanyalah helah mereka untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat.
Beliau menambah, situasi politik di Sarawak tidak sama dengan tempat atau negeri lain dengan ada perwakilannya apabila tidak dipilih semula mempertahankan kerusi bertindak keluar parti dan menyertai pembangkang.
“Budaya lompat parti tidak wujud terutama dalam kalangan Ahli Parlimen kita (PBB), saya katakan begitu kerana kita bakal berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
“Saya yakin jika ada yang tidak dipilih semula, mereka tidak akan lompat parti dengan begitu mudah tetapi siapa dicalon atau sebaliknya terpulang kepada pucuk pimpinan parti,” katanya.
ADUN Tupong itu berkata, contoh kesetiaan ahli PBB terhadap parti walaupun sudah bersara atau tidak dicalonkan semula dapat dilihat apabila mereka terus bersama parti sebagai ahli biasa.
“Kita tengok mereka yang sudah bersara atau tidak dicalonkan semula terutama pada Pilihan Raya Negeri tahun lepas masih bersama kita.
Saya rasa tidak perlu nyatakan siapa mereka itu. Dari sini kita boleh nampak betapa setianya mereka kepada parti dan yakin mereka akan terus setia kepada parti.
“Memang mereka berasa sedikit terkilan tetapi tidak sehingga mendorong mereka lompat parti kerana mereka tahu dalam PBB ada semangat untuk membantu rakyat, dicalon atau tidak itu perkara lain kerana anda boleh membantu rakyat dalam apa jua kapasiti,” ujarnya.
Ditanya sama ada budaya setia kepada parti turut wujud dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain di Sarawak, Daud berkata ia di luar bidang kuasanya untuk mengulas bagi pihak parti lain.
“Saya tidak ada kuasa untuk bercakap mengenai parti lain tetapi saya sangat yakin budaya PBB adalah begitu… sangat setia kepada parti. Anda boleh melihat mereka yang sudah bersara masih bersama parti,” katanya.
Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen dan dibahagikan kepada empat komponen parti BN dengan PBB di-peruntukkan 14 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP (tujuh), Parti Rakyat Sarawak, PRS (lima) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak, SPDP (empat).
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!