Ketua Menteri akan mengadakan rumah terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kemungkinan besar beliau akan menyambutnya selama dua hari berturut-turut!
Sekiranya anda berada di sekitar Bandaraya Kuching pada waktu itu jangan lupa untuk singgah di BCCK bagi meraikan Hari Raya bersama dengan Ketua Menteri Sarawak.
KM anjur rumah terbuka di BCCK
Utusan Borneo 17 Ogos 2012, Jumaat
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya 2012 pada Hari Raya pertama dan kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.
Rumah terbuka pada hari pertama akan bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 dan dari 2.30 petang hingga 4.30 petang, manakala pada Hari Raya kedua, Ketua Menteri akan mengadakan rumah terbuka dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Bagi pengunjung yang tidak ada pengangkutan, sebuah bas akan disediakan untuk mereka dari Kompleks Letak Kereta Saujana, Jalan Masjid ke BCCK dan sebuah lagi dari hadapan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya.
Pengunjung-pengunjung juga dinasihatkan untuk berpakaian kemas dan sopan.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!