TYT Tun Salahuddin akan mengadakan rumah terbuka di Astana, pada hari kedua raya untuk orang awam di sekitar bandaraya Kuching dan juga kediaman beliau di Sri Impian, Matang pada hari raya ketiga.
Orang ramai diingatkan agar berpakaian kemas dan tidak menggunakan selipar, seluar jeans dan baju-T.
TYT anjur rumah terbuka di Astana
Utusan Borneo 17 Ogos 2012, Jumaat
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Astana, Petra Jaya di sini pada Hari Raya pertama dan kedua.
Pada Hari Raya pertama, mereka akan menerima kunjungan daripada orang kenamaan dan tetamu kehormat tempatan yang lain bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
Manakala pada Hari Raya kedua, mereka akan menerima kunjungan daripada orang awam dan tetamu lain dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
Pada Hari Raya ketiga, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka dari jam 10 pagi hingga 2 petang di kediaman mereka di No.88, Sri Impian, Jalan Temenggong, Matang.
Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah seterusnya akan membuat lawatan ke atas orang kenamaan tempatan dan sahabat mereka di sekitar Kuching pada Hari Raya ketiga manakala di Sibu, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka di Rumah Rehat Kerajaan Sri Rajang pada 30 Ogos dari jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Selain itu, Tun Salahuddin dan Toh Puan juga akan turut membuat kunjungan Hari Raya ke atas orang kenamaan dan sahabat mereka di Miri.
Orang ramai yang ingin mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya TYT dinasihatkan agar berpakaian sesuai dan tidak menggunakan seluar jeans, baju-T dan selipar.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!