PM begitu pemaaf sehingga sanggup memaafkan remaja yang tayang punggung ke atas gambarnya tempoh hari.
Pelajar kolej swasta di Cheras itu sudah diberhentikan oleh IPTS kerana perlakuan tidak senonoh itu. Sekarang ini bapa kepada pelajar tersebut ingin berjumpa secara peribadi untuk meminta maaf kepada PM.
Namun demikian PM mengingatkan proses undang-undang tetap diteruskan dan tiada kompromi dalam bab tersbut.
PM sedia terima permohonan maaf ayah pelajar tunjuk punggung
BHarian Online 6 September 2012
BESUT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersedia menerima permohonan maaf daripada ayah kepada seorang remaja yang dikaitkan dengan insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lalu.
"Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan.
"Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, dekat sini hari ini.
Media hari ini melaporkan permohonan maaf ayah kepada seorang pelajar lelaki kolej swasta yang menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam kejadian itu.
Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi.
Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara.
Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan. - BERNAMA
- Posted using BlogPress from my New iPad
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!