Penduduk Petra Jaya tidak lagi mudah ditipu oleh PKR dan calon mereka. Petra Jaya begitu membangun di bawah BN dan Datuk Fadillah, buat apa Petra Jaya menyembah calon PKR yang tidak rasional dalam apa juga keputusan? PKR dan PAS masing-masing berebut kerusi di 7 kawasan!!! Bagaimana agaknya mereka berebut jawatan dalam kabinet negeri dan Dewan Rakyat kelak? Memang hancur negara kita kan?
Busuk sangatkah ceramah PKR di Taman Sukma sehingga tiada turnout yang memuaskan?
CERAMAH PKR ‘NAFAS BERBAU PETRA JAYA’ TIADA DAPAT SAMBUTAN
Biarpun sudah diberi ruang dan peluang berkempen politik sempena PRU-13 namun kehadiran penduduk ke Ceramah PKR ‘Nafas Berbau Petra Jaya’ di Lorong C3, Taman Sukma Ria, Petra Jaya tiada mendapat sambutan. Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir dengan kebanyakan mereka terdiri daripada pengikut rombongan PKR dalam setiap ceramah mereka.
Jumlah kehadiran penduduk itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Taman Sukma yang dianggarkan berjumlah lebih 3,000 orang. Melihat kepada angka yang hadir ternyata Ceramah Nafas Berbau Petra Jaya anjuran PKR Cabang Petra Jaya gagal memikat pengundi di DUN Samariang itu. Seperti biasa penceramah yang ditampilkan PKR Cabang Petra Jaya semuanya muka-muka penipu dan tidak bersyukur seperti Arip Ameran, Lt Kolonel (B) Abang Hamdan Abang Hadari, Wan Zainal Abidin Wan Sanusi, Haji Baharudin Datuk Mokhsen dan calon Ahmad Nazib Johari.
Calon PKR bagi Parlimen Petra Jaya ini merupakan calon ‘kitar semula’ yang tewas pada PRN Sarawak ke-10 di DUN Satok.
Begitupun, ramai di kalangan ahli-ahli PKR yang hadir di ceramah itu mempersoalkan kenapa rombongan PKR tidak membawa calon wanita untuk bercakap soal Agenda Wanita yang diperjuangkan PKR? Bagi mereka calon yang sesuai menyampaikan kandungan ceramah itu pastinya Ketua Wanita PKR Sarawak, Nurhanim Datuk Mokhsen.
Menurut sumber, Nurhanim kecewa dengan PKR Sarawak kerana mungkir janji disebabkan memilih Nazib Ahmad Johari sebagai calon PKR di Petra Jaya. akibatnya Nurhanim memboikot kempen PKR khususnya di Petra Jaya. Selayaknya Nurhanim yang layak bercakap soal dasar atau agenda wanita dan bukannya Ahmad Nazib.
Manakala, isu yang dibangkitkan Ahmad Nazib dan rakan-rakannya dalam ceramah Nafas Berbau Petra Jaya lebih bersifat nasional dan telahpun dijayakan Kerajaan BN. Ramai berpendapat isu yang dibawa PKR itu sudah basi dan ketinggalan zaman.
Satu persoalan yang perlu dijawab Ahmad Nazib dan Arip Ameran, apakah mereka berdua ini sudah membayar hutang PTPTN semasa mereka belajar di Universiti Malaya pada tahun pertengahan 1990-an. Atau dengan tawaran mansuhkan PTPTN maka hutang mereka semasa belajar dahulu hapus dengan sendirinya.
Manakala, Lt. Kolonel (B) Abang Hamdan bin Abang Hadari yang menerima pencen yang besar selepas berkhidmat dalam bidang ketenteraan tidak pernah memikirkan nasib rakyat di bawahnya sebaliknya hanya pandai kutuk Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan BN. Jika tidak kerana kerajaan yang ada pada hari ini, nescaya Lt Kolonel (B) tidak akan menerima pencen yang besar dan terlibat dalam tentera.
Cadangan wujudkan tabung rakyat dengan tabungan RM60.00 sebulan hanyalah gimik politik. Ingat seperti kata Khalid Ibrahim, manifesto bukan janji. Apakah rakyat Sarawak tidak melihat bagaimana kepimpinan Kerajaan Selangor Pakatan Pembangkang yang disaman Ibu-Ibu Tunggal Selangor kerana mungkir janji memberikan wang RM100 sebulan kepada ibu tunggal.
Penurunan harga minyak jika Pakatan Pembangkang perintah Malaysia hanyalah janji atas angin kerana mana mungkin Anwar Ibrahim mahu turunkan harga minyak. Harus diingat harga minyak Malaysia tertakluk kepada pasaran dunia dan bukannya ikut suka Anwar Ibrahim saja.
Orang Sarawak jangan terperangkap dengan janji-janji Pakatan Pembangkang yang pada dasarnya tidak akan menunaikannya seperti mana yang terjadi kepada rakyat Selangor dan Pulau Pinang juga Kedah.
1 ulasan:
hahahahaha... buat lawak btul la pkr ni.. itu baru Petra Jaya...dh kena tolak..kalau Putra Jaya, jgn mimpi lahhh...kamek org sarawak LOVE BN...
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!