PAS sememangnya parti luar Kuala Besut kerana tidak kenal siapa anak jati Kuala Besut? Adakah disebabkan Tengku Zaihan menjadi calon BN maka beliau dilabelkan sebagai ore luar?
Akibat terlalu angkuh untuk menjadikan Sibuti sebagai kubu PAS pertama di luar semenanjung maka jentera PAS tidak lagi kenal siapa anak jati Kuala Besut lagi?
Mungkin kerja untuk mengenali anak tempatan pun sudah diupah kepada blogger atau orang luar? Mana tidaknya calon PAS pun akan mewakilkan kepada orang lain untuk membuat kerja wakil rakyat sekiranya menang kelak?
Adakah ‘Stopa Spender’ Lebih Tahu Di Mana Tengku Zaihan Lahir?
Posted by terengganutoday on July 15, 2013
“Saya ibunya, saya yang melahirkan dia, di Kampung Nail inilah saya yang melahirkan Tengku Zaihan.
“Saya masih ingat, zaman kanak-kanak Tengku Zaihan suka bermain air di muara sungai Nail ini dan selalu dipantau oleh jiran tetangga terdekat di kampung ini, bimbang keselamatan dirinya, maklumlah air di muara sungai bahaya juga,” kata Nik Yah Mat Daud, ibu kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.
Nik Yah menjelaskan perkara itu bagi menolak tuduhan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali yang mendakwa Calon BN PRK Kuala Besut tidak dilahirkan di Kuala Besut dan bukan orang tempatan.
Masa itu, sekitar tahun 1970-an, bapa Tengku Zaihan, Ustaz Che Ku Abdul Rahman dan keluarga menetap di Kampung Nail.
Ustaz Che Ku seorang guru agama yang disegani selain dikenali sebagai penulis puisi tempatan serta ahli sejarah yang dikenali ramai.
“Janganlah kerana anak saya jadi calon BN, sampai dikata sebegitu rupa. Tak kan pemimpin PAS lebih tahu dari ibu dan bapa Tengku Zaihan sendiri,” kata Ustaz Che Ku.
Tambah Nik Yah, “Saya melahirkan dia di rumah bernombor 666 Jalan Nail. Cabang (simpang jalan) dekat orang jual nasi tu, di situlah rumah saya dulu,” katanya sambil meminta anak sulongnya, Tengku Zahrin menunjukkan tapak rumah tempat Tengku Zaihan dilahirkan kepada krew Terengganu Today.
“Di situ jugalah, Tengku Zaihan selalu cari anak ikan di parit atau paya berdekatan rumah. Saya ingat,” jelas Nik Yah.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!