Adakah PAS ketandusan calon yang memiliki kredibiliti di Kuala Besut? Kenapa PAS seperti tidak menghormati warga Kuala Besut dengan meletakkan calon tidak masuk universiti mahupun memiliki diploma untuk mewakili Kuala Besut?
Adakah Calon Cari Makan juga menjadi pilihan PAS dengan melangkau calon yang lebih layak dari kalangan orang muda atau imam muda?
Adakah PAS tidak lagi relevan di Kuala Besut sehingga pemilihan calon pun dipertikai oleh Timbalan Presiden PKR?
Aduh malunya Kuala Besut akibat tindakan PAS yang tidak pandai memilih calon? Calon tidak molek pun dipilih kalau dahulu Hadi Awang pernah menghina orang Batang Ai kerana tidak memilih PAS sebab pakai cawat? Kini Hadi Awang tersilap langkah kerana memilih calon tidak ada ‘certificate’ dari universiti?
Kelulusan Akademik Che Long Jadi Isu
by AIDC on Jul 13th, 2013
AIDCNews – 13/07/13 – Kelulusan akademik calon Pas, Azlan@ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long mula jadi isu apabila dibangkitkan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.
Azmin dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini berkata walaupun Che Long anak tempatan dan dianggap calon pilihan, namun Pas juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal kelulusan akademik calon
Berita di BH bertajuk, “PKR tak puas hati kelulusan calon PAS” itu memetik kenyataan Azmin yang menegaskan PKR tidak mahu campur tangan dalam pemilihan calon, tetapi sebagai rakan Pakatan, kepimpinan Pas sepatutnya meminta pandangan serta cadangan terutamnya apabila membabitkan soal pemilihan calon.
“Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang untuk membantu berkempen,” kata beliau selepas mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon Kompeks Rakan Muda Besut, semalam.
Azmin merupakan wakil PKR yang hadir dalam acara itu apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak hadir diketahui puncanya.
Di kalangan pemerhati politik berpendapat Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan sepatutnya hadir mengiringi calon Pas, sedangkan sebelum ini beliau dilaporkan blog prkkualabesut merupakan individu pertama yang bergembira selepas mengetahui berita kematian penyandang DUN itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar
Harakah terbitan terbaru, bil 1860 / 12 – 14 Julai 2013 turut mengiklankan biodata Che Long, namun organ Pas itu tidak memasukkan kelulusan akademik calon Pas itu.
Namun, terengganutoday.com mendedahkan Che Long berkelulusan SPM gred 3.
“Pas memilih Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM gred 3, walau bagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan.
“Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut telah di adakan di kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut,”lapornya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti.
Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.
“Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, ” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Silalah berlaku sopan. Jangan ambil perangai buang batu sembunyi tangan!!!